Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, August 27

Kisah cicak

Malam jumaat lepas, ketika sedang menonton tv, mak bersuara...

"Cepat, siapa nak pahala, pergi bunuh cicak di dinding tu"


Kakak menyampuk. Ketika itu, dia sedang melukis.

"Mana boleh bunuh cicak, dia kan makhluk ciptaan Allah", sambil meneruskan lukisannya.

Saya, k.lang, kak Ti dan mak ketawa mendengar jawapan spontan kakak. K.lang menyampuk, "phuyooo...makhluk ciptaan Allah.. bagusnya ayat"

Mak menyambung,

"Cicak kita boleh bunuh sebab dia berbunyi (beritahu) ketika Rasulullah (s.a.w) bersembunyi di gua. Siapa yang bunuh cicak pada malam jumaat, dapat 10 pahala". Mak menyambung.

Kakak terdiam! Kami masih lagi ketawa. Akhirnya cicak pun sudah lari...agaknya faham kami nak bunuh dia! Hehehe...

Tuesday, August 12

Hati-Hati

Hari Ahad lepas, saya menemani mak ke pasar hari untuk membeli barang-barang basah. Singgah di satu gerai sayur-sayuran, mak telah memilih sayuran yang hendak dibeli sambil meminta tokua - orang penang - (tauhu). Sambil-sambil mak bertanyakan tokua dari mana. Hmm...terkejut saya! Dia memberitahu, ini tokua ca ya nun alif. Mak tak jadi ambil. Memang menjadi tabiat mak untuk bertanyakan asal mee/kuew teow yang dibeli kecuali di tempat yang sudah selalu dibelinya. Dalam perjalanan balik, mak berkata, mujur peniaga itu jujur memberitahu, ada juga yang tidak mahu memberitahu. Hmmm....

Ada lagi sembang-sembang saya dengan mak berkaitan dengan sajian mee di kedai-kedai. Katanya, ada juga kedai yang mengambil bahan-bahan mentah mee dan tauhu di kedai cina kerana mak pernah melihatnya sendiri. Saya menjadi semakin was-was apabila ingin menikmati mee di kedai-kedai melayu kita. Teringat-ingat cakap mak. Memang lah, kita tidak bersalah kerana kita tidak tahu, tetapi, di hati saya tetap was-was tentang itu. Saya sekadar menyampaikan dan terpulanglah kepada masing-masing untuk difikirkan. Tepuk dada tanya iman.

Friday, August 8

Kemalasan

Kuota gambar saya untuk album blog ini sudah hampir penuh. Untuk saya memuatkan gambar lagi, saya perlu muatkan ke satu tempat yang lain sebelum dapat saya pautkan ke sini. Aduh... bermakna 2 kerja untuk memuatkan gambar-gambar tersebut. Internet pula tidak memuaskan kebelakangan ini, lambat seperti kura-kura. Bertambah-tambah lagi kemalasan saya. Jika anda tidak dapat membaca 'bebelan' baru saya, samada saya sakit, agak sibuk atau.... malas! hehehe....yang akhir mungkin jarang-jarang sekali (saya suka muatkan cerita bergambar, lebih menarik bukan?).

Monday, August 4

Dalam kesamaran

Pening kepala buat kerja dalam cahaya yang kurang cukup.


Alhamdulillah, sebahagian lampu ini masih menyala, kalau tidak, harus gelap gelita di dalam bilik ini.


Ketika ini teringat pula pada yang kurang bernasib baik, yang tidak dapat melihat warna-warni alam, bagaimana mereka hidup di dalam kegelapan. Perasaan ini juga wujud ketika berkelana di Gua Gendang dahulu, di mana keadaan di situ gelap pekat, di kiri kanan, bunyi cengkerik dan lain-lain binatang, tiada tempat untuk berpaut kecuali seluruh pergantungan kepada yang Maha Esa supaya perjalanan itu selamat ke destinasi.

Syukurlah kerana semuanya selamat!

Thursday, July 24

Selingan

Saya ala-ala pencinta alam begitu. Saya sangat geram apabila melihat orang membuang sampah merata-rata, merokok tanpa mengira tempat terutamanya di tempat awam, dalam lif pun boleh merokok..iskh...dan lain-lain lagi. Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, terpandangkan satu senario ini. Kebetulan ada kamera di tangan, inilah yang saya dapat paparkan antara punca-punca pencemaran alam kita.



Friday, July 11

Pilih Kasih?

Kes 1:
Perbualan saya dengan seorang pensyarah baru ini menarik perhatian. Dia mengadu kepada saya yang dia terpaksa mengendalikan kuliah di mana salah seorang pelajarnya merupakan saudaranya. Kalau diberi pilihan, dia tidak mahu berbuat demikian. Saya kenal pelajar itu. Nasihat saya padanya: dari awal ini, beritahu pelajar/saudara itu yang dia akan mengajar semua secara sama rata, tiada kelebihan akan diberikan kepadanya kerana dia merupakan saudaranya. Saya katakan kepadanya bahawa ini merupakan cabaran kepadanya samada dia boleh mengendalikannya dengan bijaksana.

Kes 2:
Sebagai seorang ketua, "layanan" sepatutnya diberi secara adil kepada semua anak buahnya. Bagi saya, walau "kamceng" bagaimanapun, sebagai ketua, tugas-tugas yang telah diagihkan kepada orang yang bertanggungjawab, janganlah di"over-ruled" demi menjaga kepentingan pihak-pihak yang menjadi pilihan. Sifat sebegini akan menghilangkan rasa hormat anak-anak buah yang lain kepada ketua tersebut. Setiap kita akan dipersoalkan dengan tindakan kita itu...

Ini hanya pandangan saya saja secara umum...

Kes 3:
Sebagai ibu-bapa, seharusnya kasih-sayang diberi sama rata kepada anak-anak. Sememangnya di dalam hati kita, akan terselit rasa sayang yang lebih pada anak-anak tertentu, tetapi, berlaku adillah pada semua. Saya akan pastikan setiap barang/permainan/pakaian yang saya beli akan diberikan kepada kedua-dua anak saya. Tiada istilah hadiah di hari lahir, kerana pada hari lahir kakak, saya juga akan memberikan barang pada adik, begitu juga pada hari lahir adik, kakak juga akan mendapat barangnya. Mungkin anak tak ramai, boleh kot? hehehe... terpulang pada cara masing-masing.

Banyak lagi kesnya, tapi cukuplah setakat 3 ini untuk difikirkan.

Thursday, July 10

Cacat

Semalam di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah, kakak bersuara,

"Umi, tadi kakak dengan Damia gelak ada orang cacat kat ofis tadi"

- Orang cacat?

"Ye la umi, orang cacat"

- Kakak, tak baik gelakkan orang cacat tau. Dia bukan mintak dia nak jadi cacat.

Dia terdiam. Saya minta dia ceritakan lagi, cacat yang bagaimana orang itu. Dia diam...enggan bercerita.

- Orang cacat tu, tak dak tangan ka?
Dia geleng.

- Orang cacat tu tak dak kaki ka?
Dia geleng lagi.

- Kakak tahu tak apa maksud orang cacat?
Diam lagi. Agaknya takut umi nya marah kot. Saya memancingnya lagi.

- Kakak, orang cacat tu mata dia buta ka?
Geleng. Saya mencari idea lagi.

- Orang tu... mulut dia herot ka?
Angguk...

- Oooo..
"Orang tu cakap tak betul" dia bersuara.

- Kakak... kita tak baik gelakkan orang cacat tau, dia bukan mintak dijadikan macam tu. Kakak mau tak jadi cacat?
Geleng. "Tak mau!"

- Orang tu pun macam tu jugak, dia pun tak nak jadi cacat,
tapi Allah dah jadikan dia cacat, kita tak boleh gelakkan dia tau

"Kalau macam tu, nanti kalau kakak nampak orang cacat, kakak tak gelak, pas tu, kakak kesian kat dia"

Begitulah...cacat di fizikal nampak di mata, tetapi bagaimana jika kita "cacat" di hati...

Tuesday, July 1

Nyaris-nyaris!

Alhamdulillah, Allah sayangkan kami. Petang semalam semasa pulang dari kerja, di Bulatan Sbg Jaya...nyaris2 ber'cium' dengan kancil putih. Saya dah bagi signal hendak ke kiri, yang si kancil tu hendak ke kanan, dia di belakang sebelah kiri saya...Alhamdulillah, sempat brek untuk berikan laluan pada kancil tersebut. Mujur kereta belakang agak jauh dari kami. Berdebar jugak jadinya!

Semasa di Taman pula, sewaktu keluar untuk membeli barang-barang, perkara yang sama hampir berlaku. Kali ini dengan kanak-kanak basikal, agak-agaknya umur 10 - 12 tahun. Laju je keluar dari lorong belakang! Terkejut suami saya dan mujur juga sempat brek kerana kereta pun bukannya laju sangat. Apa yang dibimbangkan, kalau dia berhadapan dengan van yang selalunya laju itu, bagaimana nasibnya? Hmmm....

Monday, June 30

Kenapa?

Kita dengan sopan-santunnya menelefon dan memperkenalkan diri siapa dan dari mana, tapi, nada yg menjawab di hujung sana, seakan acuh tak acuh menjawab, pulak tu dengan nada macam tidak suka. Salahkah saya menelefon untuk bertanya? Oklah, mungkin dia sibuk agaknya dan saya pun memanggil di waktu yang salah. Tapi, tidak bolehkah jawab dengan nada yang menyenangkan hati pemanggil? Maaf ya kawan-kawan...tiba-tiba jadi sensitif pula. Saja nak melepaskan perasaan yang terbuku di hati. (telefon pun senget...macam faham je perasaan tuannya..hehehe...)

Friday, June 20

Persoalan menarik...

Agaknya sudah seminggu saya membeli majalah Anis, tetapi masih belum berkesempatan membacanya. Ketika sedang menunggu pelajar-pelajar menjawab ujian mereka, sempat saya membelek-belek isi kandungannya.

Mata tertangkap pada ruangan soal-jawab agama yang dibimbing oleh Ust. Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Pembaca bertanyakan tentang hukum seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat, contohnya: rambut, dan sebagainya di hadapan lelaki bukan mahramnya, dan apakah balasannya di akhirat kelak.

Antara petikan jawapannya adalah, suami itu berdosa kerana suami dikira pemimpin yang sewajibnya memberikan pimpinan dan nasihat yang baik kepada isterinya. Mengenai balasannya, suami tadi akan dimasukkan ke dalam api neraka melainkan jika dia bertaubat kepada Allah dan tidak berlaku cuai lagi dalam memimpin isterinya.

Beratkan tanggungjawab suami?

Untuk suami-suami, bakal-bakal suami : Didiklah dengan penuh tanggungjawab serta berhikmah akan amanah yg diberikan kepada kamu. Segala dosa-dosa isteri adalah di bawah tanggungan mu.

Untuk isteri-isteri, bakal-bakal isteri : Penuhilah tuntutan syariat, janganlah disebabkan anda, suami akan terjebak ke dalam api neraka. Berhiaslah hanya untuk pandangan suami mu sahaja.

"Ya Allah, Selamatkanlah aku, dan keluargaku dari fitnah dunia. Kurniakanlah kebahagiaan Dunia dan Akhirat kepada Kami". Amin.

Saturday, June 7

Minyak oh Minyak - Part 2

Semalam, pertama kali mengisi tangki dengan minyak yang berharga baru. Sebaik "pengisytiharan" kenaikan harga, saya tidak pula bersama-sama memeriahkan stesen minyak pada malam itu, kerana? saya tahu, lambat laun, saya tetap akan kena isi dengan minyak "baru"...hehehe. Bila tengok meter ringgit berjalan dengan lajunya.. wahhh... berapa agaknya ni? Selama ini, kancil saya hanya memerlukan makanan sebanyak RM40 sahaja, tetapi kali ini...lihatlah sendiri...


bertambah sebanyak 50% dari sebelum ini. Semasa mengisi tidak terasa kerana gunakan kad kredit, bila datang penyata nya nanti..hehehe, tunggu dan lihat!

Thursday, June 5

Minyak Oh Minyak!

Harga minyak naik lagi! Automatik segala barangan keperluan harian akan naik juga. Beginilah lumrah kehidupan, akan sentiasa naik...tiada turun-turun. Cuma roda yang akan naik turun, begitu juga hujan! sentiasa turun...kalau naik, adalah sesuatu yang pelik kan? Tempias kenaikannya? pada orang yang macam kitalah, pengguna "setia" yang perlu mengisi tangki minyak untuk meneruskan kehidupan seharian. Orang-orang "atas" sana? Mereka tidak terasa akan bahang kesannya, kerana apa yang mereka tahu, naik kereta, pemandu hidupkan enjin, jalan! Minyak diisi oleh pemandu dan kos minyak akan ditanggung oleh ....? Mekanisma pemulangan semula duit? tidak menepati sasaran saya rasa. Kenapa? Situasinya...seorang pemandu kereta kancil, kancil lah ibaratnya ye...si A, tempat kerjanya dekat dengan kediaman, manakala si B pula, terpaksa mengharung perjalanan yang agak panjang untuk ke tempat kerja. Siapa yang akan lebih menggunakan minyak? Bukankah si B. Tetapi, kesudahannya, si A dan si B akan dapat imbuhan yang sama rata. Adilkah begitu? Wahai "orang-orang di atas sana", jengok-jengoklah penderitaan rakyat bawahan ini...

Lagi menarik di sini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin