Tuesday, August 12

Hati-Hati

Hari Ahad lepas, saya menemani mak ke pasar hari untuk membeli barang-barang basah. Singgah di satu gerai sayur-sayuran, mak telah memilih sayuran yang hendak dibeli sambil meminta tokua - orang penang - (tauhu). Sambil-sambil mak bertanyakan tokua dari mana. Hmm...terkejut saya! Dia memberitahu, ini tokua ca ya nun alif. Mak tak jadi ambil. Memang menjadi tabiat mak untuk bertanyakan asal mee/kuew teow yang dibeli kecuali di tempat yang sudah selalu dibelinya. Dalam perjalanan balik, mak berkata, mujur peniaga itu jujur memberitahu, ada juga yang tidak mahu memberitahu. Hmmm....

Ada lagi sembang-sembang saya dengan mak berkaitan dengan sajian mee di kedai-kedai. Katanya, ada juga kedai yang mengambil bahan-bahan mentah mee dan tauhu di kedai cina kerana mak pernah melihatnya sendiri. Saya menjadi semakin was-was apabila ingin menikmati mee di kedai-kedai melayu kita. Teringat-ingat cakap mak. Memang lah, kita tidak bersalah kerana kita tidak tahu, tetapi, di hati saya tetap was-was tentang itu. Saya sekadar menyampaikan dan terpulanglah kepada masing-masing untuk difikirkan. Tepuk dada tanya iman.

2 comments:

  1. sejak abg buat mee mmg dah tak beli mee kat luar..dulu selalu beli mee cap ibu..

    ReplyDelete
  2. okla kan, kami pun dah jarang beli mee...selalu mkn di rumah mak...hehehehe. Tapi kalau beli pun, dah tahu dari mana yg boleh dibeli.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin