Friday, July 11

Pilih Kasih?

Kes 1:
Perbualan saya dengan seorang pensyarah baru ini menarik perhatian. Dia mengadu kepada saya yang dia terpaksa mengendalikan kuliah di mana salah seorang pelajarnya merupakan saudaranya. Kalau diberi pilihan, dia tidak mahu berbuat demikian. Saya kenal pelajar itu. Nasihat saya padanya: dari awal ini, beritahu pelajar/saudara itu yang dia akan mengajar semua secara sama rata, tiada kelebihan akan diberikan kepadanya kerana dia merupakan saudaranya. Saya katakan kepadanya bahawa ini merupakan cabaran kepadanya samada dia boleh mengendalikannya dengan bijaksana.

Kes 2:
Sebagai seorang ketua, "layanan" sepatutnya diberi secara adil kepada semua anak buahnya. Bagi saya, walau "kamceng" bagaimanapun, sebagai ketua, tugas-tugas yang telah diagihkan kepada orang yang bertanggungjawab, janganlah di"over-ruled" demi menjaga kepentingan pihak-pihak yang menjadi pilihan. Sifat sebegini akan menghilangkan rasa hormat anak-anak buah yang lain kepada ketua tersebut. Setiap kita akan dipersoalkan dengan tindakan kita itu...

Ini hanya pandangan saya saja secara umum...

Kes 3:
Sebagai ibu-bapa, seharusnya kasih-sayang diberi sama rata kepada anak-anak. Sememangnya di dalam hati kita, akan terselit rasa sayang yang lebih pada anak-anak tertentu, tetapi, berlaku adillah pada semua. Saya akan pastikan setiap barang/permainan/pakaian yang saya beli akan diberikan kepada kedua-dua anak saya. Tiada istilah hadiah di hari lahir, kerana pada hari lahir kakak, saya juga akan memberikan barang pada adik, begitu juga pada hari lahir adik, kakak juga akan mendapat barangnya. Mungkin anak tak ramai, boleh kot? hehehe... terpulang pada cara masing-masing.

Banyak lagi kesnya, tapi cukuplah setakat 3 ini untuk difikirkan.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin