Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

Tuesday, October 25

"Le Tour De Kedah"

Selesai makan tengahari di RFC, perjalanan diteruskan ke Hutan Rekreasi Tupah (C).  Ianya menjadi pusat perkelahan keluarga dengan aliran air sungai yang menyegarkan.



Tidak pula kami ketahui yang pengunjung boleh mengambil air di loji air Bukit Tupah ini.




Menurut pak cik (yang tidak berbaju ini), dia sudah bertahun-tahun mengambil air mineral di situ.  Bertong-tong dan berbotol-botol air mineral yang menjadi bekalan air minuman mereka sekeluarga.  



HANYA UNTUK DIMINUM SAHAJA!

Ketika kami ingin beredar, ada beberapa buah kereta lagi yang datang untuk mengambil air mineral di situ.




Kami tidak merancang untuk mandi-manda di situ kerana setiap petang, kebiasaannya akan hujan lebat.   Tiada persalinan mereka yang dibawa untuk mandi air sungai.  Hanya touch n go sahaja untuk mengambil gambar alam semulajadi.

apabila berjumpa air

muka budak yang ceria sebelum amukan bermula

Adik mengamuk kerana tidak puas 'merendam kaki'nya ke dalam air.  Masa yang terhad membataskan kami untuk berlamaan di situ.





Destinasi seterusnya, Lembah Bujang (D).  Gambar-gambar ini adalah hasil dari dua kamera.

denai untuk ke Gunung Jerai


 



jurugambar cilik

budak yang ketakutan untuk memanjat cerun



comelnya bunga rumput ini

membuang kemuncup yang melekat

seronok memanjat tangga



Destinasi akhir adalah Pantai Murni, Yan, Kedah (E).  Saya pernah kisahkan pantai ini di sini.  Kami berkongsi cendol, keropok lekor serta laksa di gerai di tepi laut.  Pemandangan air surutnya tidak begitu menarik tetapi tetap santai menikmati udara yang bertiup sepoi-sepoi sambil menikmati minum petang di situ.





Friday, October 21

Suka-suka...tidak mengharap apa-apa

Tiba-tiba acik bersemangat untuk menyertai peraduan fotografi.

Memandangkan saya adalah pemilik IXUS, maka, apabila ternampak peraduan yang melibatkan IXUS, langsung teruja.  

Inilah peraduannya.

klik untuk pautan


Hadiahnya, IXUS 230 pelbagai warna.  Sangat mudah syarat penyertaannya, gambar-gambar yang ingin diupload mestilah mengikut tema warna dari roda yang diputar.  

Tema saya... hitam...




dan... merah jambu (pink)



Boleh hantar sebanyak mana gambar yang diingini.  Cubalah... lagi ramai yang menyertainya, lagi meriah kan (kebarangkalian untuk saya menang semakin tipislah nampaknya).

Sebenarnya, bukan hadiah yang dikejar, tetapi lebih kepada untuk test skill saya saja.  Suka-suka... jika dapat hadiah, lagiiiii suka... hehehe.

Wednesday, October 19

"Island Tour"

Sesudah seminggu lebih tempoh 'kuarantin' kerana saya menyiapkan markah pelajar, barulah dapat meredakan sedikit tekanan dengan mengambil angin luar.  

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.  Bertepatan sekali dengan keadaan kami Ahad lalu.  Tengahari itu, dengan semangat yang berkobar-kobar, dengan dua kamera di dalam beg (macam hebat), kami sudah bersedia untuk berphotoshoot di kawasan pantai sebelah pulau.  Sudahnya, kebanyakan masa hanya di dalam kereta saja.  Manusia hanya mampu merancang.  Tidak mengapa, insyaAllah, akan dilakukan pada ketika yang lain pula.  

laluan kami petang Ahad lalu
  
Destinasi pertama yang kami singgah adalah Pusat Falak Sheikh Tahir (D).  Hasrat untuk mengabadikan pemandangan dari atas pusat falak ini terkubur kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.  Hanya ini saja yang dapat diabadikan dari dalam kereta.





Dengan berpandukan GPS yang ada, saya memberi panduan kepada suami untuk membelok ke Kg. Sg Acheh (E).  Tiada apa yang menarik di sana.  Perjalanan di teruskan ke Balik Pulau (F).  Sambil mata memerhatikan pemandangan yang kelam dek hujan, mata ternampak papan tanda "laksa janggus".  

"Kita singgah makan laksa...".

Ingin juga merasai laksa yang dikatakan sedap itu sehinggakan JJCM juga pernah ke sana.

berderet kereta pengunjung

Bukan saja laksa, tetapi mee, kuey teow juga ada untuk yang tidak menggemari laksa.

kedainya bersebelahan klinik desa kg perlis

layan diri ya...

Komen saya dan suami : "Masih ada laksa di tempat lain yang lebih sedap".  Kuah laksa di sini terasa sedikit 'manis' dan banyak berbanding laksanya.  Ada pilihan laksa biasa atau special.  Saya meninjau-ninjau, yang special, laksanya di dalam mangkuk yang lebih besar serta diletakkan telur rebus.

"the laksa"

cucuq pula... 




hanya gambar, kerana seorang demam, dan seorang lagi selesema... a big NO to them
(kredit : kakak)

Selesai bersolat asar di Masjid Daerah Barat Daya, yang rupanya seakan-akan Masjid Bandar Baru Perda, kami bertolak balik.  Hujan masih mengiringi perjalanan kami ketika singgah di  rumah mak pada petang itu.    

Mission not accomplished!  

Nota : Gambar-gambar yang ada hanya diambil menggunakan IXUS 105 saja.

Monday, October 3

Ikan bakar...

Lama sungguh kami tidak ke Telok Tempoyak.  Kata suami, merata kami menjelajah dan merasai ikan bakar, semuanya tidak setanding di tempat sendiri (bagi orang lain mungkin lain citarasa).  "Pengkritik makanan" - abang ipar saya, juga turut mengakui, ikan bakar di sini, adalah yang terbaik!

Jika ada yang menggunakan GPS, taipkan destinasi anda sebagai "kg teluk tempoyak".  

klik untuk besarkan

Nikmati pemandangan sebelum makan.  Kesemua gambar hasil dari IXUS 105 saja.  






mereka di atas jeti.  Kak Long terpaksa bawa adik yang ketakutan di atas jeti

kakak dan sepupunya bersama pak cik di atas jeti

mereka

adik hanya di tepian

Kami meneka-neka yang mana satu jenahak, siakap atau kerapu.  Ada kelainan dari tekstur isinya.  Jenahak RM35/kg, Siakap RM35/kg, Kerapu RM50/kg dan udang besar RM70/kg.  Air asamnya sedap, tetapi, boleh tahan pedasnya!

siakap, jenahak serta kerapu








PUAS!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin