Wednesday, October 19

"Island Tour"

Sesudah seminggu lebih tempoh 'kuarantin' kerana saya menyiapkan markah pelajar, barulah dapat meredakan sedikit tekanan dengan mengambil angin luar.  

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.  Bertepatan sekali dengan keadaan kami Ahad lalu.  Tengahari itu, dengan semangat yang berkobar-kobar, dengan dua kamera di dalam beg (macam hebat), kami sudah bersedia untuk berphotoshoot di kawasan pantai sebelah pulau.  Sudahnya, kebanyakan masa hanya di dalam kereta saja.  Manusia hanya mampu merancang.  Tidak mengapa, insyaAllah, akan dilakukan pada ketika yang lain pula.  

laluan kami petang Ahad lalu
  
Destinasi pertama yang kami singgah adalah Pusat Falak Sheikh Tahir (D).  Hasrat untuk mengabadikan pemandangan dari atas pusat falak ini terkubur kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.  Hanya ini saja yang dapat diabadikan dari dalam kereta.





Dengan berpandukan GPS yang ada, saya memberi panduan kepada suami untuk membelok ke Kg. Sg Acheh (E).  Tiada apa yang menarik di sana.  Perjalanan di teruskan ke Balik Pulau (F).  Sambil mata memerhatikan pemandangan yang kelam dek hujan, mata ternampak papan tanda "laksa janggus".  

"Kita singgah makan laksa...".

Ingin juga merasai laksa yang dikatakan sedap itu sehinggakan JJCM juga pernah ke sana.

berderet kereta pengunjung

Bukan saja laksa, tetapi mee, kuey teow juga ada untuk yang tidak menggemari laksa.

kedainya bersebelahan klinik desa kg perlis

layan diri ya...

Komen saya dan suami : "Masih ada laksa di tempat lain yang lebih sedap".  Kuah laksa di sini terasa sedikit 'manis' dan banyak berbanding laksanya.  Ada pilihan laksa biasa atau special.  Saya meninjau-ninjau, yang special, laksanya di dalam mangkuk yang lebih besar serta diletakkan telur rebus.

"the laksa"

cucuq pula... 




hanya gambar, kerana seorang demam, dan seorang lagi selesema... a big NO to them
(kredit : kakak)

Selesai bersolat asar di Masjid Daerah Barat Daya, yang rupanya seakan-akan Masjid Bandar Baru Perda, kami bertolak balik.  Hujan masih mengiringi perjalanan kami ketika singgah di  rumah mak pada petang itu.    

Mission not accomplished!  

Nota : Gambar-gambar yang ada hanya diambil menggunakan IXUS 105 saja.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin