Friday, June 6

Cameron Highlands 'revisited' - akhir

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Lavender Garden - Alkisahnya sewaktu pendakian ke Cameron Highlands dari Sg Pulai, tiba-tiba terpandang taman Lavender yang keunguan dari luar di sebelah kanan jalan.  Wah... terujanya... 'kena mai sini!'... saya sudah mengatur acara lawatan... :D  Kenapa saya tidak pernah perasan kewujudan taman lavender ini ketika kunjungan 2011 atau ianya dibina selepas itu?  Saya cuba mendapatkan maklumat tetapi masih tidak bertemu dengan tarikh sebenar pembukaannya. Lokasinya tidak jauh dari laluan masuk ke ladang Boh Sg Palas.  

Waktu melawat : Isnin - Khamis : 9am - 6pm, Jumaat - Ahad : 9am - 7pm.  Bayaran masuk : RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak.

klik untuk besarkan imej


Sedikit 'kecewa'... saya jangkakan boleh feeling bergambar di dalam rimbunan lavender, rupanya hanya diluar pagar sahaja... :D :D :D Jika dibenarkan, agaknya habis lunyai lah lavender yang ditanam!



petunia

Boleh dipetik sendiri, sebatang RM2, 3 batang RM5 jika tak silap saya









Mardi - sudah beberapa kali kunjungan ke sini.  Bunga-bungaan di sini juga sudah berkurangan berbanding dahulu.  Benih atau anak pokok bunga boleh dibeli di sini.  
Bayaran masuk : RM3/dewasa, RM1.50/pelajar.









Jemput ke album gambar 'bunga-bungaan' untuk gambar penuh bunga di fb saya.  

2 comments:

  1. baru kut lavender garden ni.. ni buat aku nak pi lagi.. selepas bertahun2 tak pi..

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin