Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, November 23

[Khidmat Masyarakat] Pantai Robina, Butterworth

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

[1 Jun 2016]

Imej dari google map


Pantai Robina ini letaknya di dalam daerah Teluk Air Tawar, Butterworth berhampiran dengan Pengkalan Tentera Udara Butterworth.  Pantainya berbatu dan jelas kelihatan bangunan KOMTAR di bahagian pulau.  Dulu-dulu, pantai ini seperti pantai lain yang menjadi tempat perkelahan keluarga dan mandi laut.  Siput remis juga dapat dikutip di pantai ini.  Sekarang, tidak lagi.  Batu-batu diletakkan di pantai untuk mengelakkan hakisan menurut ceritanya.





Sakit mata memandang sampah berupa botol dan tin minuman, plastik pembungkus makanan di celahan batu di tepi pantai. Ish ish ishhhh /:) ... kebersihan pantai bukan hanya tanggungjawab pekerja majlis perbandaran sahaja, tetapi pengunjung juga berperanan untuk memastikan kebersihannya. Tidak susah pun untuk menjaga alam sekitar, cuma buanglah sampah di tempat yang disediakan...mudah bukan?

ini sebahagian saja
Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, jabatan kami telah menganjurkan program pembersihan pantai ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Jun lalu.  Segala peralatan pembersihan disediakan oleh pihak MPSP.  Sama pula warna tema baju yang dipakai dengan warna baju petugas MPSP B-)



Sebelum memulakan kerja, marilah kita berposing dahulu :D

untuk album

stretching dahulu

Kena happy sebelum mulakan kerja :D

kami sudah bersedia!

Mulakan operasi!

yang di sana...

Lihatlah... banyak kan sampahnya...

yang di sini..

Di celah-celah pokok ini pun ada!




Selesai... makan tengahari pula

Itu hasil sampah yang terkumpul separuh hari aktiviti dijalankan



Ayuhlah bersama-sama kita menjaga alam sekitar demi kelestarian masa hadapan.  Jika bukan kita siapa lagi?

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh blog BC :D

Thursday, August 18

Memasyarakatkan Universiti

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Kisah 21 Mei 2016 yang lalu.

Kebiasaannya, aktiviti JJMK - Jalan-Jalan Masuk Kampung dilakukan bersama-sama aktivis ngo Wargakilang.  Berbekalkan pengalaman memerhatikan perjalanan program yang dianjurkan itu, maka, sahabat sejabatan mengusulkan kami melakukannya di peringkat UiTM Pulau Pinang.  

Alhamdulillah, ianya pengalaman pertama mengendalikan program ini di peringkat jabatan dengan kerjasama dari Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Pulau Pinang dan ngo Wargakilang.  Proses saringan penerima sumbangan diserahkan kepada wakil ngo mengikut kriteria yang mereka tetapkan. 

antara sumbangan untuk keluarga penerima

Antara matlamat program adalah untuk memupuk budaya ‘mengambil peduli’ di kalangan warga kampus dengan keadaan masyarakat yang dihimpit kesusahan terutamanya menjelang ramadhan dan syawal serta meningkatkan kerjasama dan jaringan warga UiTM bersama masyarakat dan aktivitis masyarakat.

doa agar dipermudahkan perjalanan

Konvoi JJMK ini disertai oleh hampir 40 warga UiTM bersama ahli keluarga masing-masing dengan sebuah bas dan lebih 15 buah kenderaan persendirian.





Semangat kerjasama semasa jjmk boleh diibaratkan seperti berada di dalam saf solat.  Saf solat yang tidak mengira pangkat, kedudukan dan status.  Masing-masing sama-sama menghulurkan tangan mengangkat barang sumbangan untuk diagihkan kepada keluarga asnaf.

JJMK ini adalah lambang kasih-sayang, keprihatinan dan kerendahan diri dari para peserta untuk menyantuni asnaf. Asnaf rata-ratanya adalah penoreh getah orang, ibu-ibu tunggal serta ada ketua keluarga yang diuji dengan penyakit lumpuh separuh badan, sakit saraf dan sebagainya.

sama-sama menapak ke rumah asnaf

menanti pengagihan

up close to nature

Anak-anak 'bandar' dapat merasai sendiri suasana kampung.

antara kediaman asnaf yang dikunjungi

group photo
Seeing is believing.  

Tidak perlu menuding jari kepada orang itu dan ini kerana tidak melaksanakan tugas mereka dengan masih adanya orang-orang miskin.  Tanyalah kepada diri sendiri, apakah sumbangan yang telah diberikan.  Let's be the doer.  Adanya fakir miskin ini adalah 'ujian' kepada yang berada untuk menginfaqkan harta kepada mereka yang memerlukan.  Di celah-celah harta kita itu ada hak mereka. Lihatlah di sekeliling, jadilah insan yang perihatin.

Friday, April 3

اَلْعَقْلُ السَّلِيْمِ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْم - Vision Park, Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Pepatah arab menyebut - اَلْعَقْلُ السَّلِيْمِ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْم  - Akal yang sihat dari tubuh yang sihat.  Sekali-sekala dapat meregangkan urat terasa ringan tubuh badan.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah   bersabda "Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu  janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.” - sumber

Aktiviti sampingan sambil beriadah di Vision Park, Kepala Batas ini...
Masjid Abdullah Fahim


Masjid, bulan dan layang-layang...

Terima kasih pihak yang bertanggungjawab merealisasikan taman rekreasi seperti ini untuk beriadah. Sedikit ulasan yang dapat diberikan setelah beberapa kali berkunjung ke sini :-


Kelebihan :

  • Kawasan riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dengan pemandangan tasik, masjid dan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, batu refleksologi kaki, taman permainan untuk anak-anak serta alatan senaman.  

Kelemahan/kekurangan :

  • Apa yang diperhatikan, kurangnya sikap keprihatinan pengunjung ke situ yang meninggalkan sampah seperti bekas minuman, plastik bungkusan minuman dan makanan. 
  • Tong sampah yang disediakan juga terhad
  • Sikap sesetengah pengguna yang menaiki motorsikal di trek jogging dan membawa motorsikal di kawasan wakaf yang dilihat sedikit mengganggu pengunjung taman yang ingin beriadah.

Penambahbaikan :

  • Lebih banyak tong sampah dapat disediakan untuk pengunjung
  • Lebih banyak kerusi atau wakaf untuk berehat

Monday, May 13

Bubbly Bubble...



Tutuplah 'blogsejuk' jika begini... :D

Bubble yang dibuat sendiri.  Bubble merah jambu berperisa strawberi, yang hijau berperisa limau.

Kata adik, "sedapppp!"

Yang hijau digentel oleh adik, yang merah jambu, kakak.

Semalam, adik bertanya, "ummi, boleh tak letak bubble dalam air masak?  Adik nak bawak ke sekolah".  :)

Saya :D

Saya sudah menjangka adik akan bertanyakan soalan itu... hehehe... naluri seorang ibu! ;)

Caranya sangat mudah.  Saya lakukan campuran 1 cawan tepung ubi kayu dan air panas.  Uli doh dengan air panas sedikit demi sedikit sehingga doh boleh digentel.  Rebus doh tersebut di dalam air mendidih untuk beberapa ketika dan rendamkan ke dalam air gula yang sudah diperisakan (ikut suka).

Mereka mencampurkan bubble ini dengan minuman biasa saja.

Monday, April 8

Sepetang @Vision Park

Layang-layang berwajah burung marah yang dibeli di Cherating tempohari baru pertama kali melayang di udara :)





Prasarana di Vision Park masih boleh diperbaiki untuk faedah pengunjung yang ingin beriadah di sini.  Dan alangkah bagusnya jika pengunjung juga dapat manfaatkan dan menjaga ruang ini dengan tidak membuang plastik/bungkus makanan atau cawan air di merata kawasan :-< .

sunset di celah kelapa sawit

Friday, March 1

Seni mempertahankan diri

Seni mempertahankan diri digalakkan untuk mempertahankan diri, hartabenda, keluarga, agama, bangsa dan negara.  Antara sunnah Rasul adalah menunggang kuda serta memanah (sebagai seni mempertahankan diri).   Islam tidak berkehendakkan muslim yang lemah dan layu, tetapi mahukan muslim yang kuat dan teguh.

-ustaz Hanafiah, Usrah, TV3, 010313

Anak-anak teruja menyertai salah satu cabang seni mempertahankan diri taekwondo.  Saya juga teruja melihat anak-anak bertali-pinggang pelbagai warna yang menyertai latihan mesra bersama jurulatih dari Korea baru-baru ini dengan pelbagai aksi mereka. Ada yang sekecil 6 tahun sudah menyertai seni ini.  






Sebahagian dari peserta bergambar bersama jurulatih

Jurulatih Malaysia dan Korea




Kakak juga memilih aktiviti memanah sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya.  Bukan saja dapat menghidupkan sunnah, harapannya (impian ;) ) untuk melihat kakak dapat melangkah lebih jauh lagi dengan sukan memanah ini, Inshaa Allah.

Thursday, February 21

GEMAR...

Karnival Gemar - Hijabku, kebanggaan agamaku diserikan dengan kedatangan artis/selebriti Diana Amir yang mempunyai aura tarikannya yang tersendiri.  Artis muda ini membawa aura positif kepada anak-anak remaja dengan perkongsian penghijrahan beliau.  Ada nada sebak di dalam penyampaian Diana Amir, sehinggakan saya yang mendengarnya juga bergenang airmata.  Betapa hidayah Allah itu sangat berharga kepada insan yang bernama Diana Amir ini.  

Memang benarlah kata-kata panel forum yang menitik-beratkan peri pentingnya sahabat yang baik untuk mendorong kearah kebaikan mengikut syariat.  Doa orang di sekeliling juga dapat menjadi pendorong ke arah perubahan yang lebih baik.  



bicara santai

dialog meja bulat

singgah membeli cd

terima kasih kerana mempromosikan jualan amal yang kami anjurkan

Kami masih membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan baju labuh muslimah dengan hanya RM25.  Setiap pembelian, RM5 akan disalurkan ke dalam Tabung pembinaan pusat dialisis Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah yang masih memerlukan lebih kurang RM500K untuk pembelian alatan mesin dialisis.  Atau, setiap pembelian, kemudian sumbangkan baju tersebut kepada NGO Wargakilang (WK) yang akan memberikan baju-baju tersebut kepada keluarga yang kurang berkemampuan melalui 'Jalan-jalan Masuk Kg' yang mereka anjurkan (kami sudah mendapat kebenaran menggunakan nama WK untuk tujuan ini).  Kunjungi gerai No.4, Bazar Wakaf Rakyat, Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas.

Saturday, November 24

Karnival Esok Masih Ada

Karnival berlangsung dari 23 - 24 November di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah.  Anak-anak teruja untuk menyertai aktiviti mewarna.  


Masing-masing mendapat saguhati voucher RM3 koperasi Masjid Taqwa

kakak di tempat ke-4 kategori 9 - 12 tahun




Antara hadiahnya adalah buku hasil nukilan Puan NurulSham Saidin.  Hadiah sumbangan dari Bank Muamalat... Terima Kasih Muamalat, sekurang-kurangnya saya juga ada bermuamalat dengan bank ini :-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin