Thursday, September 29

Kamera digital


Kami mula menggunakan kamera digital pada tahun 2005.  Ketika itu, saya sedang menanti hari untuk melahirkan adik.  Nampaknya kesemua koleksi kamera digital kami adalah dari keluarga Canon.  Kamera pertama adalah Power Shot A400.  


Mudahnya A400 ini kerana baterinya menggunakan dua biji bateri AA.  Akibat kelalaian saya, cermin LCDnya retak.  Ianya masih boleh digunakan, tetapi perlu melihat imej melalui viewfinder kamera untuk mengambil gambar.  Cuma, gambar yang diambil tidak dapat dimainkan semula di skrin.  Kami pernah bertanyakan kedai untuk membaiki LCD kamera ini, kata penjual itu, lebih baik dapatkan yang baru kerana harganya hampir sama dengan kamera yang baru.

Kamera kedua juga dari keluarga Power Shot, tetapi versi yang lebih baru A550.  Kamera ini juga menggunakan dua biji bateri AA.  Harganya jika tidak salah saya sekitar RM400 - RM500 ketika itu.  

DSLR Canon EOS 1000D dibeli pada tahun 2010.  Kamera A550 banyak dipegang oleh adik.   Ketika itulah penutup bateri kamera itu patah.  Puas kami meletakkan pita pelekat untuk melekatkan penutupnya, tetapi tidak berhasil.

Kamera terkini adalah IXUS105 sebagai kamera sokongan kepada DSLR yang diperolehi pada tahun ini.  Ianya perlu untuk saya bawa kemana-mana di dalam beg saya.  Pada mulanya saya telah mengambil kamera Nikon yang lebih kurang sama harganya, tetapi apabila saya membuat perbandingan warna dan kualiti gambar, akhirnya saya memilih jenama ini.  

Jika jurugambar professional menyusun kamera DSLR dan lens, biarlah saya menyusun kamera digital dahulu.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin