Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Assalamu'alaikum wbt.
Terkadang kita mengeluh dengan sesuatu yang 'malang' menimpa ke atas kita. Hati menjadi gundah gulana, makan tak terasa kenyangnya, tidur tidak terasa lenanya. Apakah hikmah yang cuba Allah sampaikan kepada HambaNya. Hikmahnya tidak lain tidak bukan untuk kita berserah diri secara total kepadaNya, jangan mengharapkan orang lain untuk membantu kerana bantuan yang sebenar-benarnya adalah dari Dia. Mohon padaNya, In shaa Allah, Dia akan datangkan pembantu untuk kita.
"(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd : 28 )
Banyak yang berlaku di sekeliling kita, pandangan mata kasar, semuanya tidak kena. Jika dilihat dengan mata hati, In Shaa Allah, ada hikmahnya. Hikmah yang diperolehi, itulah yang bakal menenangkan hati.
Selamat beramal di separuh kedua Ramadhan. Mudah-mudahan di penghujungnya kita beroleh Rahmat, pengampunan dan dibebaskan dari api Neraka.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu. - Riwayat Bukhari dan Muslim
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?