Monday, July 29

Kasih Ramadhan III - Baling/Kulim/Bandar Baharu (18 Ramadhan)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt.

Kisah perjalanan jjmk NGO WKilang menyantuni keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik diteruskan pada Sabtu lepas. Siri jelajah yang paling meletihkan bagi saya berbanding dua jelajah sebelum ini, dengan ujian dahaga (terutamanya) di bawah bahang yang menyengat, menjadikan saat berbuka itu sebenar-benar nikmat. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi) - Riwayat Bukhari dan Muslim

Wajah-wajah kesyahduan, linangan airmata terharu setiap penerima sumbangan sangat menyentuh hati. Melihat longgokan barang keperluan asas yang banyak di hadapan mereka yang tidak terjangkau oleh akal mereka untuk dimiliki, seperti "a dream comes true" bagi mereka.  Inilah yang diungkapkan kepada saya sewaktu bersalaman dan berpelukan dengan salah seorang penerima sumbangan di center terakhir - Sedim - "tak pernah mimpi nak dapat barang banyak macam ni!" dengan sisa airmata masih di pipi...Aduhai...meruntun hati.

Masih ada yang tinggal di dalam kedaifan, bukan dongengan yang direka, tidak juga ditambah perisa. Inilah hakikatnya.  Teringat perbualan dengan adik ipar, rakan sekerjanya tidak percaya yang masih wujud keluarga miskin terpinggir begini, apabila ditunjukkan blog ini, barulah dia mengerti hakikat yang tersembunyi ini.

doa sebelum perjalanan

timbunan barang-barang sumbangan

pembawa panji WK

Kenari overloaded (seat belakang diturunkan)

deretan kenderaan konvoi



rezeki kanak-kanak dengan teddy bear

Timbalan rektor UiTM bersama tuan rumah dan YDP WK

anak menjadi perhatian pada hari tersebut


terharu diberi perhatian oleh konvoi

Suami isteri wargaemas ini sangat terharu dengan kedatangan konvoi meramaikan pondok buluh mereka.  Sehinggakan mempelawa peserta konvoi untuk berhari raya di rumah mereka dengan hidangan lemang.

Perjalanan seterusnya membawa kami menyusuri tepi bendang (sawah) yang menghijau dan longkang yang mengalirkan air bukit yang jernih.  Ada yang mengambil kesempatan untuk meranduk air bukit itu... :)

mengambil kesempatan mencelup kaki di dalam aliran air bukit yang mengalir jernih

Kami di Center 2 disirami hujan rahmat yang mencurah-curah, tetapi semangat peserta konvoi tidak sekali-sekali layu dengan anugerah Allah ini.

Si isteri memayungi suami yang mengangkat barang B-)

Wargaemas yang tinggal sendiri

Selami kehidupan mereka untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang mereka lalui.  Kita tiada hak untuk menilai dari segi luaran kerana peritnya mereka yang alami.

8 orang penerima di Center 2 (klik untuk besarkan imej)

Center 3

berbaris panjang


Ibu tunggal ini baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan masih mendapat terapi susulan dari hospital.  Dua anak pertama dan kedua tercicir dari persekolahan :(


Penerima ini tidak dapat menahan sebak melihat sumbangan yang banyak di hadapannya.  Bagaikan tidak percaya beliau mendapat rezeki yang tidak diduganya ini.  Anaknya juga mengalami (barah lidah?) sehingga begini keadaannya.  Khabarnya, anaknya akan menjalani pembedahan pada penghujung Ogos nanti.  Mudah-mudahan semuanya di dalam peliharaan Allah.  

Center 4




 


Pak Mail yang diuji dengan kehilangan pancainderanya untuk melihat, mendengar dan bertutur, tetap tersenyum apabila ada yang menghulurkan sumbangan.  Mereka tinggal di rumah ehsan jiran mereka dengan percuma.  Ketika bersalaman dengan isterinya yang juga OKU (bisu), bersungguh-sungguh beliau memeluk saya, mungkin ingin mengucapkan 'terima kasih' :(

Pam minyak ini yang dilihat ketika di dalam perjalanan menuju kereta...

sorry bos!  pam antik, tidak boleh digunakan lagi...

Center terakhir - Sedim


Ikhlas berbakti (klik untuk besarkan imej)

layan diri :D
Inilah antara yang diterima oleh mereka...

anggur itu sungguh menggoda ketika waktu gambar diambil (panas terik)

Destinasi terakhir kami adalah Maahad Tahfiz Al-Munawwar, Kg Selarong Panjang, Jalan Mahang, Kulim, Kedah.  Bagaikan mendengar alunan dari CD/kaset sedapnya suara anak-anak tahfiz berqasidah menyambut ketibaan kami. 


kenangan bersama warga tahfiz (klik untuk besarkan imej)

Ketika berada di dewan kuliah mereka, terasa sejuk dan damai walaupun hanya kipas siling yang berpusing tanpa aircond.  Antara intipati tazkirah ringkas yang disampaikan oleh mudir maahad adalah

  • sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusannya
  • atas kehendak Allah, di dalam bulan Ramadhan, hati terbuka untuk bersedekah/bertadarrus/tarawih.  Ramadhan itu melatih sifat taatkan Allah
  • Rahmat bulan Ramadhan adalah hati menjadi lembut untuk beribadah kepadaNya, termasuk bersedekah.  Ada yang mengumpul harta selama 11 bulan untuk memberi sedekah di bulan Ramadhan kerana ganjarannya besar.  
Andai ada yang sudi untuk berwakaf untuk penyediaan surau baru maahad ini, sila rujuk phamplet ini:


klik untuk besarkan imej

Selesai misi ke-3 jjmk Ramadhan.  Universiti kehidupan yang paling bermakna yang tidak dapat diperolehi di dewan kuliah Universiti ternama.  Anak-anak dapat didedahkan dengan suasana desa, mengenal apa itu itik dan angsa dan sebagainya.  Konvoi ini menyatukan peserta dari pelbagai golongan pekerjaan, pangkat dan harta, semuanya tidak dikira, mengangkat beban yang sama.  Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana terpilih untuk berada di dalam kelompok ini.  Terima kasih semua... 

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin