Thursday, June 9

Sedekad Bersama


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih memelihara ikatan kami ini selama ini.  

Bersyukur juga kerana adanya dia menjadi peneman, walaupun pada mulanya, lelaki ini tidak ingin dikenali pun kerana insiden sebelum itu.  Itulah yang dikatakan 'jodoh'.  

Saya tahu, dia menyayangi saya bukan dengan hadiah yang mahal atau bunga-bungaan, tetapi dia akan memastikan kereta yang saya bawa di dalam keadaan baik - kerana dia yang selalu mengambil berat tentang kereta yang perlu diservis - dan dengan selalu bertanya, "kancil ada minyak lagi ke?".  Pertanyaan yang disusuli dengan perbuatan juga.   

Hendak disenaraikan, panjang juga.  Terima Kasih Allah di atas kurniaan ini.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin