Semalam ketika sedang menelek dan membelek sayuran di sebuah kedua runcit, seorang pemuda menegur saya.
"Puan pensyarah UiTM?"
"Ya...", dengan muka penuh tandatanya.
"Puan mengajar Matematik?", soalnya lagi.
"Ya saya...." Di dalam hati saya, bekas pelajar agaknya. Tetapi, masih tidak saya kenali.
"Dulu di Permatang Pasir kan?"
"Ya..."
"Puan pernah mengajar saya matematik."
"Oh ya? Tahun bila ya?". Jika di permatang pasir, pastinya sudah lama kerana kampus UiTM sudah berpindah ke kampus tetap Permatang Pauh sekitar Ogos 2003.
"2001, 2002 kot..."
Patutlah saya tidak berapa mengenali beliau. Hampir 10 tahun lalu saya mengajarnya. Alhamdulillah, anak murid ini masih mengenali gurunya lagi walaupun bertemu hanya satu semester saja di dalam bilik kuliah. Faizal namanya (saya masih tidak dapat lagi mengingati rupanya). Katanya, dia sudah bekerja di TNB sebagai jurutera selama 2 tahun selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sekarang ini sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama.
Tahniah Faizal, dan terima kasih kerana masih mengingati saya.
Inilah kegembiraan kepada seorang yang bergelar pendidik, apabila mengetahui pelajarnya sudah berjaya di dalam bidang masing-masing. Saya mencongak-congak (matematik katakan), mungkin umurnya sekarang sekitar 27 - 28 sekarang ini. Ah... tuanya saya! Hehehe
senior kami 1 sem tu puan hihihi..3o-40 tahun pun kami mesti ingat lagi...:)
ReplyDeleteOo ya ka? Bila dah tak berjumpa selepas itu, memang tak ingat dah. Lin & Fadhli ada juga berjumpa di kampus, jadi saya masih ingat.
ReplyDeletehihihi...kami suka melawat kampus.raya nie pun rasa cam nak gi penang melawat uitm penang..:)
ReplyDeletepaling kurang setahun sekali mesti pergi sana..tak dapat jumpa lect..dapat tengok building pun jadi lah...