Saya membeli novel ini kerana dua sebab : 1. kerana dramanya dan 2. kerana penulisnya. Penulisnya merupakan senior saya ketika saya belajar dahulu. Inilah usaha kecil saya sebagai tanda sokongan kepada apa yang beliau usahakan. Ianya adalah garapan semula drama Hani yang pernah ditayangkan, tetapi ada penambahan kepada pengakhirannya.
Novel ini (pada saya) mengundang airmata terutama di bahagian pengakhirannya. Memetik kata-kata dari novel itu, "Allah menguji hambaNya dengan cara yang paling unik apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah". Setiap manusia pasti melalui ujiannya tersendiri. Dan ujian-ujian seperti itulah untuk meningkatkan keimanan masing-masing. Jika terasa diri diuji, ingatlah akan ujian orang lain yang lebih hebat berbanding kita, InsyaAllah, hati menjadi redha. Allah tidakkan uji di luar kemampuan hambaNya.
Membaca novel ini menyebabkan saya berfikir tentang diri sendiri yang kadang-kadang berkeluh-kesah dengan ujian yang sedikit. Moga-moga kita semua dikurniakan ketabahan untuk menempuhi ujian-ujian di sepanjang "universiti kehidupan" kita. Hanya kepadaMu tempatku memohon dan berserah!
Buku terbitan Galeri Ilmu ini berharga RM19 (SM) / RM21 (SS). Selamat Membaca!
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?