Kami miliki 'kuda besi' ini sudah beberapa tahun lamanya. Sudah agak lama ianya terperap di dalam bilik belakang. Kadang-kadang anak-anak akan berkayuh juga di situ. Counter untuk mengira bilangan kayuhan, masa serta jarak kayuhan di bahagian pemegangnya sudah tercabut.
Selama ini, saya agak kurang bersenam, sekadar berjalan naik turun tangga di kampus setakat satu tingkat, itu biasalah. Kebelakangan ini, semangat kayuhan itu muncul secara tiba-tiba. Maka, kuda besi itu saya pindahkan dari bilik belakang ke bahagian depan supaya dapat saya mengayuhnya secara sambilan ketika menonton tv. Harap-harapnya semangat kayuhan itu berkekalan lah walaupun sedikit, dapat juga mengurangkan lemak di sana-sini. Hehehe.
Sejak saya letakkan di bahagian depan, adik dan kakak bersemangat mengayuhnya. Sekurang-kurangnya, dapat juga mereka bersenam di dalam rumah.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?