Tuesday, January 25

Hadiah


Saya agak kurang bernasib baik di dalam cabutan bertuah untuk mana-mana acara.  Begitu juga untuk konferen yang dianjurkan baru-baru ini.  Ada yang bernasib baik mendapat hadiah pada kedua-dua cabutan pada jamuan makan malam serta cabutan untuk AJK baru-baru ini.  Saya?  Langsung tiada yang tersangkut.  Tidak mengapa, asalkan rakan-rakan gembira dengan hadiah yang diperolehi. 

Tetapi, rezeki saya juga ada kerana teman sebilik telah meng'hadiah'kan kepada saya hadiah yang diperolehinya.  Kebetulan pada hari cabutan untuk AJK, beliau tidak dapat hadir, jadi, saya menyimpankan nombor cabutan yang bertuah itu untuk diberikan kepadanya.  Apabila mengetahui saya tidak perolehi apa-apa hadiah pun, dia dengan senang hati memberikan hadiahnya kepada saya.  Terima kasih N.  Anak-anak yang teruja.  Adik bertanyakan, hadiah apa lagi yang ada.  Saya katakan kepadanya, macam-macam ada, hamper makanan, sabun, dll.  Adik bertanya saya, kenapa ummi tak bawa balik hadiah makanan?  Makanan saja yang dia ingat.  Adik...adik.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin