Salam Aidil Adha. Usah difikirkan apa pengorbanan negara kepadamu tetapi apa pengorbananmu kepada negara.
Sambutan Aidil Adha kami ala kadar saja. Baju menggunakan baju raya AidilFitri tempohari. Selesai solat, suami bersama warga taman perumahan turut serta di dalam acara melapah, memotong dan mengagihkan daging korban. Saya dan anak-anak bergerak ke rumah mak bersendirian. Selepas zohor, barulah suami ke rumah mak.
Sewaktu dalam perjalanan balik dari rumah mak, kami meninjau UiTM Kampus Bertam (angan-angan ingin berpengkalan di sini) dari jalanraya. Hampir siap binaannya dengan beberapa bangunan sudah nampak warna korporatnya, ungu. InsyaAllah, UiTM Kampus Bertam akan beroperasi mungkin tahun hadapan atau tahun berikutnya.
InsyaAllah, saya ingin merasa di persekitaran baru di Kampus Bertam ini.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?