Itulah jawapan kakak ketika saya bertanyakan kedudukannya di dalam kelas. Hehehe... pandai juga menjawab di dalam matematik, tetapi di dalam peperiksaannya, keputusannya adalah B, sipi-sipi mendapat A. Begitu juga dengan Bahasa Inggerisnya. Kakak sememangnya lemah kedua-dua matapelajaran ini, katanya susah. Jika susah, kenalah usaha lebih sikit...itu jawapan saya. Secara keseluruhan, markah kakak bagi matapelajaran yang lain hampir kesemuanya 90 dan ke atas dan peratusannya di dalam lingkungan A. Alhamdulillah.
"Abah bukan harap sangat straight A, yang pentingnya, tanggungjawab pada Allah itu yang utama. Kalau dapat straight A tu kira bonus lah. Sembahyang kalau culas pun, tak guna dapat semua A", begitulah jawapan abah.
Tidak kisahlah kakak bagaimana pun keputusannya, harapan abah dan ummi agar akak dapat menjunjung tinggi perintah Allah. Tetapi, ilmu fardu kifayah tidak boleh ditolak ketepi kerana dunia Islam memerlukan seorang ilmuwan yang seimbang dunia dan akhiratnya, barulah ada kesinambungannya. Bukan hanya sekadar pandai berhujah agama, tetapi kekurangan fakta-fakta duniawi dan begitulah sebaliknya. Biarlah ilmu yang dipelajari itu dapat dikaitkan dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang memiliki ilmu tersebut.
(Nota : Tahniah kepada pelajar-pelajar, ibu bapa pelajar serta guru-guru pelajar yang memperolehi 5A di dalam UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Kepada yang kurang bernasib baik, janganlah disisihkan mereka, kerana ini hanyalah sebagai permulaan kepada sebuah perjalanan yang masih panjang. Belum tentu di sepanjang perjalanan mereka itu akan tersangkut dan terkandas. Masih belum terlewat untuk memajukan diri. Belum tentu juga yang cemerlang akan cemerlang di sepanjang perjalanannya nanti. Pastinya semua harapan ibubapa ingin melihat anak mereka cemerlang di dalam akademik, tetapi, janganlah diletakkan tekanan kepada yang kurang cemerlang. Kelak anak-anak ini menjadi lebih tertekan dan tidak bermotivasi untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi. Allah tidak pernah memberikan A kepada setiap hambaNya, di dunia, tetapi keputusan itu hanya akan diketahui di hari pertemuan denganNya kelak).
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?