Tuesday, May 18

Titi Hayun

Selepas menikmati pemandangan laut, kami bergerak untuk ke Titi Hayun.  Terdapat beberapa kawasan air terjun yang boleh dikunjungi.  Di sepanjang jalan, kelihatan beberapa homestay yang diusahakan oleh penduduk setempat. 



Kami menyusuri jalan yang dikelilingi oleh rimbunan pokok-pokok besar.  Semakin jauh menyusuri jalan di kaki gunung jerai ini, semakin kuat kedengaran bunyi cengkerik dan unggas yang lain. 



Tenangnya mendengar deruan air terjun yang tidak henti-henti mengalir.  Jeram-jeram kecil serta kolam yang cetek amat sesuai untuk anak-anak kecil bermandi-manda di situ.  Papan tanda kelihatan mengingatkan para pengunjung supaya berhati-hati apabila hujan kerana boleh dihanyutkan oleh aliran deras dari gunung. 


Kakak dan adik mengambil kesempatan merendamkan kaki di situ untuk tempoh yang singkat.  Tidak bercadang untuk bermandi-manda di situ walaupun adik dan kakak sudah 'merengek' ingin mandi di situ.  Kunjungan santai sahaja ketika dalam perjalanan pulang ke Alor Setar melalui jalan lama.  Jika berkesempatan nanti, ingin juga berkelah di situ dengan ahli keluarga yang lain.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin