Thursday, March 11

Mata Permata




Mata saya terasa pedih kerana terlalu tertumpu kepada skrin komputer untuk menyiapkan powerpoint untuk kelas serta jabatan.  Baru-baru ini ketika 'terserempak' dengan kedai Permata Hijrah, kami ambil kesempatan untuk mengalami terapi mata seperti yang diiklankan.  Suami dan anak-anak mencuba terapi yang disediakan. Anak-anak teruja dan ketawa melihat abah mereka seperti "robocop" - kata saya.  Jika diperhatikan betul-betul, di telinga juga terdapat cotton bud yang dititiskan dengan cecair pencuci telinga.  Kata suami, telinga terasa seperti bergetar dan mata terasa gatal ketika menjalani terapi mata tersebut. 

 

Kami mencuba dahulu cecair penawar terapi yang boleh disembur ke mata. serta beberapa botol cecair untuk hidung (resdung).  Harganya? boleh tahan juga lah...
 cecair yang disembur ke mata untuk siang dan malam

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin