UiTM Pulau Pinang sedang menjalankan kempen menderma darah yang bertemakan 1StafPelajar 1Darah 1Nyawa 1Malaysia. Nampaknya ia mendapat sambutan yang agak menggalakkan setiap kali kempen ini diadakan.
Teringat kembali ketika zaman saya menjadi pelajar dahulu. Ketika kolej kediaman mengadakan kempen menderma darah, dengan semangat yang berkobar-kobar saya bersama beberapa orang rakan ingin turut serta. Ketika berada di hadapan jururawat yang bertugas, saya ditanya berat badan dan tekanan darah diambil. Keputusannya? Saya tidak dibenarkan untuk menderma darah kerana berat tidak mencecah berat yang sepatutnya serta tekanan darah rendah. Jururawat itu sambil bergurau menyuruh saya makan lebih banyak untuk menaikkan berat badan saya yang di bawah paras minimum (underweight).
Penghujung tahun lepas, saya terpaksa menjalani ujian darah untuk memastikan saya tidak mengidap penyakit tiroid. Hanya satu tabung uji darah diambil, saya merasa seperti "melayang" di awang-awangan. Ketika itu tekanan darah saya adalah di paras normal dan juga berat adalah ideal. Bila agaknya saya boleh menderma darah?

No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?