Thursday, December 31

Satu Ketika Dahulu

Gambar-gambar lama ini telah discan semula oleh abang saya.



Allahyarham bapak (petak merah)



berdiri dari kiri: ahmat (bapak), hamid (pak njang), Khadijah (teh), md yusoff (tok wan)
duduk: Zakaria (pak ndak) dan Omar (pak tam)


Allahyarhamah tok dan tok saudara (di Mekah?)


Allahyarhamah tok dan tok saudara

Wednesday, December 30

Walimah Sahabat Pena



Tanggal 27 Disember / 10 Muharram 1431H merupakan hari yang bahagia buat sahabat pena saya.  Pastinya penantiannya sebelum ini berakhir dengan kegembiraan.  Saya tumpang gembira dengan  kebahagiaan yang dikecapinya saat ini.  Tahniah Mazlida dan Radzi, semoga jodoh kalian sentiasa dikurniakan mawaddah dan rahmahNya serta dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah.  Hiasilah rumahtangga kalian dengan sabar dan bertolak-ansur. 

 

 

Tuesday, December 29

Putrajaya




Jalan-jalan diteruskan ke Putrajaya, semata-mata ingin membawa mak dan mak saudara melihat pusat pentadbiran persekutuan.  Suami singgah bersolat jumaat di Masjid Besi.  Kami hanya bersiar-siar di sekitar perkarangan masjid supaya anak-anak tidak mengganggu jemaah bersolat jumaat.  Kata suami, suasana di dalam masjid besi cantik dengan aliran air terjun di dalamnya.


 
 perkarangan masjid besi


 

 
 
berlatarbelakangkan jambatan wawasan dan menara alaf baru


masjid besi berhampiran tasik putrajaya




berlatarbelakangkan menara alaf baru


LRT dan Monorel


Alang-alang berkunjung ke Kuala Lumpur, tidak dilepaskan untuk menaiki LRT dan Monorel.  Dahulu ketika saya masih bekerja di Kuala Lumpur, LRT merupakan pengangkutan awam yang selalu digunakan.  Ketika kakak masih kecil, kami juga pernah membawanya menaiki monorel.  Adik belum pernah lagi merasa pengalaman menaiki pengangkutan awam ini.  Adik agak ketakutan untuk menaiki platform monorel yang agak tinggi.



platform Titiwangsa


pemandangan yang amat menarik dari bahagian hadapan monorel


kakak dan sepupunya agak ketakutan ketika monorel melalui selekoh

Destinasi ketika itu ke Berjaya Times Square untuk ke Taman Tema di sana.  Tiga jam dihabiskan di sana untuk mencuba segala macam permainan yang ada untuk kanak-kanak.

Monday, December 28

Taman Permainan


Resamnya kanak-kanak, ke mana pergi, pasti ditanya taman permainan.  Kunjungan ke Taman Tasik Titiwangsa sangat mengembirakan mereka.  Puas mereka berlari di sekitar taman permainan yang besar itu.  Sambil-sambil menemani anak-anak bermain, ada disediakan juga alatan senaman untuk bersenam di situ.  Saya percaya, ibu ayah dan anak tentu suka!


 





pelbagai alatan senaman disediakan, seakan mini gimnasium di situ





Ke sana ke mari anak-anak berlari untuk mencuba setiap permainan yang terdapat di situ.  Saya pula yang teruja melihat mereka bermain.

Hiburan anak-anak

Selesai makan di restoran Mukmin, kami berkunjung ke Giant Shah Alam.  Kata kakak saya, ada "Taman Arnab" di bahagian luar Giant.  Teruja benar mereka apabila dapat bermain dengan arnab. 



 

 



Cukuplah sekadar bermain di situ saja, untuk membelanya, tidak mungkin!

Sunday, December 27

Jalan-jalan Cari Makan


Pada hari Jumaat sempena Tahun Hijrah, saluran televisyen memaparkan beberapa restoran yang dimiliki oleh Cina Muslim.  Peluang berkunjung ke rumah kakak baru-baru ini, kesempatan diambil untuk berkunjung ke salah sebuah restoran yang dipaparkan.  Selepas anak-anak puas berendam di Wet World Shah Alam, destinasi seterusnya ke Restoran Mukmin di Seksyen 19 Shah Alam berhampiran hotel De Palma dan Salam Poliklinik.


hadapan kedai


suasana di dalam kedai

Salah satu minuman asli yang dibuat dari campuran buah longan, kundur dan gula merah (Luo Han Guo) juga dihidangkan di sini.  Rasanya agak menyegarkan.  


Luo Han Guo, kedondong (amra) asam boi  dan tembikai




  Hot Plate Mee


  Nasi daging Kam Heong (rasanya masam dan pedas)


Kung Fu Yee Mee (kegemaran saya)


Japanese To Fu

Bagi penggemar Chinese Food seperti saya, kewujudan restoran-restoran sebegini yang halal dan menyakinkan amat dinanti-nantikan.  Di sebelah utara, restoran sebegini agak susah kedapatan, dan yang selalu didengari, kawasan lembah kelang menjadi tumpuan bagi pengusaha restoran ini. 

Kesimpulannya, makanan yang dihidangkan di sini adalah sedap dan pastinya jika saya berkesempatan ke rumah kakak saya, saya akan ke restoran ini lagi hehehe.

Kualiti dan Anugerah



Tahniah kepada teman-teman yang mendapat anugerah cemerlang serta anugerah bersempena minggu kualiti.  Saya cuma tumpang gembira kerana jabatan turut mendapat dua anugerah di peringkat kampus.




Semoga kita berkerja dengan ikhlas bukan hanya mengharapkan anugerah cemerlang semata-mata.  Sesungguhnya kerja itu merupakan ibadah, jika nawaitu kita hanya untukNya.


 


Monday, December 21

Perlis



sempadan Kedah - Perlis

Hari minggu lepas, kami berkesempatan melakukan kunjungan singkat ke negeri terkecil di Malaysia - Perlis.  Memang betul-betul singkat.  Kami mengambil jalan Kuala Sanglang menyusuri pantai untuk ke Kuala Perlis.  Pemandangan biasa perkampungan nelayan.  Yang mengagumkan saya, di kiri laut, di sebelah kanan pula adalah sawah padi! 



 perahu nelayan di pesisir pantai





Di Kuala Perlis, niat untuk menikmati laksa Kuala Perlis tidak menjadi kenyataan kerana masih kekenyangan makan tengahari.  Hanya anak-anak menghabiskan masa di sini...
 

 taman permainan!



 berlatar-belakangkan Pulau Langkawi



 Feri (di sebalik masjid) sedang menuju ke Pulau Langkawi



Masjid sedang di dalam pembinaan (seakan masjid terapung selat Melaka)

Ketika sampai di destinasi ini, jam sudah menunjukkan 5.30 petang.  Waktu lawatan sudah pun tamat.  Jika berhajat untuk berkunjung ke sini, sila pastikan waktu lawatan anda.






Hasrat untuk ke tempat-tempat menarik di Perlis seperti Gua Kelam, akan dilaksanakan juga satu hari nanti, InsyaAllah.

Saturday, December 19

Hijrah dan Kualiti





Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM P.Pinang menganjurkan ceramah pada hari Khamis lalu. Ceramah disampaikan oleh tokoh pengamal perubatan dan penceramah bebas, Dr. Jamnul Azhar Mulkan.  Ceramah yang disampaikan padat dengan informasi dan ternyata menarik minat audiens.

Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Dr. Jamnul adalah :

o perubahan yang berlaku adalah dari yang buruk kepada baik, yang baik kepada yang lebih baik atau lebih baik kepada yang terbaik.  Bukan sebaliknya, itu bukan hijrah namanya.

o dari segi pengertian : perubahan terancang yang disusun dengan penuh strategi dan memenuhi sunnah alam dan logik akal manusia supaya tidak digagali oleh musuh yang nampak (orang keliling) dan tidak nampak (tabiat/nafsu/syaitan) dengan memohon pertolongan dari Allah.

o Hijrah itu perjuangan, pengorbanan dan persaudaraan
 
o Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul maka hijrahnya diterima oleh Allah dan Rasul.

o Jika setiap pekerjaan yang dilakukan dengan sempurna, itulah yang berkualiti tanpa mengira ganjaran dan pangkat atau anugerah cemerlang.

Thursday, December 17

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Selamat Tahun Baru, semoga penghijrahan kita dari buruk ke baik, yang baik kepada lebih baik dan yang lebih baik kepada yang terbaik :D (petik kata-kata Dr. Jamnul Azhar)

Sunday, December 13

Kreatif

Selesai mewarna buku, adik menyusun pensel warnanya.

"Adik buat apa tu?"

"Adik buat 'A'"

"Oh..." (dalam hati saya, kreatif juga)



"Siapa ajar adik buat A dengan pensel?"

"Adik buat sendiri la..."

Kemudian dia menyusun pula pensel warna, katanya nak buat X-Ray.  Hehehe... huruf X dikatakan X-Ray.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin