Friday, October 2

Dikejar (2)


Ketika dia berada di hadapan saya, saya memperlahankan kereta dan membiarkan dia terus memandu di hadapan. Agaknya bosan kerana saya terlalu perlahan, dia melajukan kereta meninggalkan saya. Lega.

Selepas melepasi tol Juru, saya melihat kelibat kereta tersebut di bahu jalan kiri selepas tol. "Ya Allah! 'mamat' ni ada lagi?" Ketika saya melintasi keretanya, dia mula bergerak mengekori di belakang. Jantung berdegup kencang semula, tidak menjangkakan yang perkara sebegini akan berlaku.

Dia mula mengekori saya dan tidak lagi memotong kereta saya. Saya mula dihimpit kebimbangan. Susur keluar lebuhraya untuk ke kampung saya semakin hampir. Sambil memandu, saya ligat memikirkan 'strategi' untuk memboloskan diri dari kereta tersebut. Semakin hampir ke susur keluar ke kampung saya, saya tidak langsung menyalakan signal untuk ke kiri. Saya nekad untuk memisahkan kereta saya dengan kereta itu. Ketika susur keluar hampir berakhir, dalam keadaan berwaspada dengan kenderaan lain, saya membuat belokan pantas ke kiri. Hasilnya... kereta itu tidak sempat untuk membelok bersama saya. Alhamdulillah! Leganya hati saya ketika itu. Drama 'swasta' ini benar-benar sudah berakhir.

Tidak saya ceritakan kepada bapak saya, bimbang-bimbang dia langsung tidak membenarkan saya memandu bersama kawan lagi. Saya cuma ceritakan kepada mak saya dan jawapan mak, mungkin orang itu mengenali saya. Entahlah, kelibatnya memang tidak saya kenali, tetapi, walaubagaimanapun, peristiwa ini sentiasa kekal di ingatan saya apatah lagi ketika sedang berada di lebuhraya.

2 comments:

  1. erm..kalo saya behenti je..ajak borak2..hehehe..

    tapi saya faham, perempuan is different lagi2 kalo yang belum berkhahwin..so betullah tindakan puan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Fadzlan, di lebuhraya, bermacam kemungkinan boleh berlaku. Kes jenayah di lebuhraya juga berlaku, baik lelaki atau perempuan, tidak terlepas.

      Delete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin