Friday, July 10

Kopi

Saya tidak minum kopi dan tidak pandai menyediakan kopi. Sewaktu berbual dengan teman sepejabat tentang minuman panas, terkeluar topik tentang kopi. Jika Pak Cik saya berkunjung ke rumah mak, tugas menyediakan kopi akan diserahkan kepada kakak yang arif membancuh kopi yang pekat dan "kaw-kaw". Pak Cik sentiasa memuji kopi yang disediakan kakak.

Sewaktu belajar ijazah pertama dahulu, teman-teman serumah sentiasa menyediakan kopi sebagai teman mereka untuk mengulangkaji pada lewat malam. Kata mereka, kopi dapat menghilangkan mengantuk mereka. Sewaktu sama-sama mengulangkaji pelajaran bersama teman-teman serumah, saya mencuba secawan kopi. Jam 1 pagi, 2 pagi, 3 pagi, mata teramat pedih kerana menahan ngantuk yang teramat sangat. Saya tidak dapat mengulangkaji dan juga tidak dapat tidur. Hasilnya, saya kepeningan keesokan harinya. Itulah penangan kopi yang sentiasa melekat di dalam ingatan saya apabila "kopi" menjadi topik perbualannya.

4 comments:

  1. Sebenar-benarnya akak pun kurang arif bab membancuh kopi ni..hehehehe.. mulanya tambah kopi peh tu gula rasa..tambah kopi lagi.pahit pulak..tambah gula pulak..pak cik minum katanya boleh bukak kedai kopi..ingatkan pak cik sindir sindir hehehe..

    ReplyDelete
  2. Pak cik memang selalu puji-puji akak buat kopi sedap. Kalau mai rumah mak, mesti dia kata, "sapa tak boleh celen kopi Pizah" hehehe...

    ReplyDelete
  3. hehehehe..kembang jab.. setiap kali buat tak sama rasanya..hehehe

    ReplyDelete
  4. kena ada resepi buat kopi tu lah ^_^

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin