Friday, July 17

Curi

Petang tadi di kampus, Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) menganjur bengkel pencegahan jenayah. Pembimbing Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) menyampaikan ceramah berkaitan jenayah serta saranan-saranan untuk mengelakkan jenayah seperti ragut dan rogol bagi perempuan.




Demonstrasi bagaimana untuk mempertahankan diri turut dipamerkan kepada peserta sebagai persediaan untuk menghadapi saat cemas itu.

Ketika menghadiri bengkel ini, teringat kisah yang saya alami sekitar 1996 - 1997 (tidak ingat tarikh sebenar). Peristiwa yang sudah berlaku lebih 10 tahun itu masih segar di ingatan saya. Satu persatu saya ceritakan pada rakan sekerja. Ketika itu saya belum berkereta dan pengangkutan utama saya adalah bas. Saya terpaksa menukar 2 buah bas untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Ketika sampai di perkarangan Pertama Kompleks ketika balik kerja, sudah masuk waktu maghrib. Saya putuskan untuk bersolat maghrib dahulu di surau di atas Pertama Kompleks. Handbag saya dimasukkan ke dalam beg kerja saya dan saya berlalu untuk mengambil wuduk di luar dari ruang solat. Sewaktu menunaikan solat, beg diletakkan di tepi. Ketika bersolat, entah kenapa, hati menjadi berdebar-debar. Selesai solat, saya hampiri beg dan terlihat zip beg kerja saya seperti dibuka orang. Darah menyirap ke muka saya. Hati semakin berdebar. Ya Allah! Mana handbag saya? Airmata tidak dapat ditahan-tahan. Bukan menangisi kehilangan duit atau sebagainya, tetapi memikirkan bagaimana saya hendak pulang ke rumah. Hari sudah malam. Pada hari itu, kakak akan pulang ke kampung mertua bersama dengan abang ipar. Ya Allah! semakin laju airmata mengalir. Ada beberapa adik/kakak (saya tidak dapat lagi tumpukan perhatian) yang melihat keadaan saya bersimpati. Mereka menghulurkan not RM10 kepada saya tetapi saya menolak dan hanya menerima beberapa not sebagai tambang bas. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka yang saya tidak kenali (dan tidak sempat bertanya nama kerana buntu). Sehingga kini apabila terkenangkan peristiwa ini, airmata pasti mengalir memikirkan bagaimana kerdilnya saya ketika itu, seperti pengemis! Mungkin ketika itu saya terlalu naive dan tidak berperasangka yang kejadian seperti itu akan berlaku di sebuah surau! Ternyata saya silap!

Sewaktu menghampiri pondok telefon awam, telefon siling tidak dapat digunakan. Bagaimana jika kakak sudah pulang ke kampung mertuanya? Ketika itu, penggunaan telefon bimbit masih belum begitu meluas. Saya tidak punya sesiapa di KL. Sedih sangat, teramat sedih! Saya tidak peduli lagi orang yang melihat atau berpandangan pelik pada saya. Abang di sebelah yang kebetulan menggunakan telefon kad bertanyakan saya, dengan bercucuran airmata, saya menceritakan hal yang sebenarnya. Abang yang baik hati itu membenarkan saya menggunakan kad telefonnya untuk menghubungi kakak. Sambil mendail, hati berdoa agar kakak masih ada di rumah.

"Hello", suara kakak kedengaran, makin bercucuran airmata saya. Alhamdulillah....
"Kak...beg kena curi"
"Di mana?"
"Pertama Kompleks"
"Nanti akak sampai..tunggu tau!"

Abang yang baik hati itu menunggu saya selesai menggunakannya kadnya sambil bertanyakan samada saya OK atau tidak. Saya beritahunya saya sudah hubungi kakak dan mereka akan datang. Seorang lagi insan yang berhati mulia yang ditemui ditengah-tengah ribuan manusia di KL. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Ternampak kelibat kakak dan abang ipar, airmata semakin deras mengalir. Dengan esakan yang masih berbaki, saya ceritakan kejadian yang baru berlaku kepada mereka. Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi, menurut pegawai polis berkenaan, sudah banyak kes yang berlaku di surau tersebut.

Saya pulang ke rumah dengan hati yang berkecamuk. Ya Allah, ada juga manusia yang menggunakan tempat ibadat untuk melakukan perbuatan mungkar.

Pengajaran untuk saya supaya tidak lagi membiarkan barang berharga berada di luar pengamatan saya. Sehingga kini, ketika bersolat di mana-mana surau, handbag sentiasa di dalam penglihatan saya. Saya juga sentiasa berpesan kepada sesiapa yang leka meninggalkan handbag mereka untuk mengambil wuduk supaya membawanya bersama jika tiada orang/teman untuk memerhatikannya. Berhati-hatilah, terdapat "mata" yang sentiasa memerhatikan kelekaan anda untuk mengambil kesempatan.

6 comments:

  1. Kekadang dalam beringat pun..kalau telah ditakdirkan akan berlaku..kita akan terleka..Semoga Allah melindungi kita dari terjadinya perkara yang memudaratkan..

    Hehehehe..pasai credit card US pun nangis jugak..hehehe

    ReplyDelete
  2. betul betul betul... jika ditakdirkan bukan milik kita, akan hilang juga dari genggaman. Hehehe.. biasalah tu ^_^

    ReplyDelete
  3. pertama kompleks? dua kali saya penah kena pow kat situ semasa saya masih belajar di GMI... tapi Alhamdulillah tiada kejadian buruk yg belaku sbb dlm poket saya hanya ada 80 sen..hehehe....

    tp yg tak boleh lupa ialah peristiwa kecurian HP kesayangan saya di UiTMPP. misteri juga sbb saya seorang yang sgt sensitif dan cepat tersedar sekiranya ada orang menyentuh saya. ketika itu handphone saya diletakkan di bawah bantal dan saya tidur dgn kepala beralaskan bantal tersebut...ntah camana saya boleh tak sedar lansung...bila bangun je, hp tersebut sudah tidak kelihatan lagi buat selama-lamanya. T_T

    sampai la ni saya serik membeli hp yg canggih dan mahal,happy je pakai nokia 1100 hehehe.....

    ReplyDelete
  4. Fadzlan, saya masih ingat lagi awak ceritakan tentang kehilangan hp tersebut. Dah takdir hp itu tidak kekal lama dengan awak. Saya sentiasa pesan pada pelajar sem 1 supaya tidak beli hp yang mahal2 dengan duit PTPTN kerana 1.ianya membazir, 2. ianya mengundang teman-teman kecurian kerana ada yang berkenankan hp yang mahal itu. Nanti bila dah kerja, nak pakai PDA ke iphone pun boleh... ^_^

    ReplyDelete
  5. hmmm kes curi wallet ni paling banyak kat surau2 rasanya... kat surau Puduraya tu beberapa kali terjumpa dengan pompuan yang sama yang duduk je kekonon bertafakur dlm surau...kalau betul bagus le risau dlm dok tafakur tu ada misi lain ;)

    ReplyDelete
  6. Lin, bukan setakat wallet, dia angkut sekali dengan handbag hehehe. Apa-apa pun, memang kena berhati-hati lah kan, kalau dalam berhati2 pun kena juga, itu memang sudah takdir

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin