Showing posts with label perlis. Show all posts
Showing posts with label perlis. Show all posts

Monday, February 23

Jejak Warisan - Muzium Kota Kayang, Perlis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

klik untuk besarkan imej

Klik untuk besarkan imej

Kali ini berpeluang untuk menelusuri kisah yang telah termaktub di dalam sejarah di Muzium Kota Kayang, Perlis.  Lokasi muzium ini merupakan tapak kota pemerintahan Almarhum Kayang I - Sultan Kedah yang ke-15 di mana Perlis merupakan sebahagian dari Kedah ketika itu.  Kota ini dipilih sebagai kota istana kerana kedudukannya yang strategik dari segi perhubungan dan pertahanan.  Kota ini terletak di tebing Sungai Perlis dan hanya 5km dari muara Kuala Perlis serta dikelilingi oleh beberapa bukit yang berfungsi sebagai perisai kepada Kota Kayang.  Peristiwa perebutan takhta kerajaan ketika itu telah menyebabkan Kota Kayang ditinggalkan dan membawa kepada pembukaan Kota Bukit Pinang. Dengan izin Allah, ingin juga menjejaki Kota Bukit Pinang pada suatu hari nanti.  
  

Muzium utama

kitab juzuk Al-Quran bertulisan tangan
Muzium utama ini memaparkan galeri sejarah Kota Kayang, arkeologi dan senjata.  Ada ruang sudut aktiviti untuk kanak-kanak serta perpustakaan kecil yang menempatkan dokumentasi sejarah, foto-foto lama, keratan akhbar, tugasan asal-usul sesuatu kawasan di Perlis, kesultanan melayu dan lain-lain.



peralatan membuat keris



Menurut encik penjaga muzium, telaga Diraja dahulunya dalam dan airnya tawar. Namun, telaga ini ditimbus atas sebab keselamatan.  Begitu juga gua-gua laluan rahsia, katanya lagi, ditimbus tanah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini kerana gua tersebut menjadi tempat persembunyian ular kapak. 



Antara barangan yang dipamerkan di Galeri Kebudayaan adalah alatan pertanian, perikanan, peralatan rumah, permainan, alatan muzik lama.



dari kiri (belakang): batu giling, penapis santan, bekas membuat aiskrim, kebok laksa, dan pengisar beras dan kopi
dari kiri (hadapan) : acuan kuih karas, acuan kuih apam gula merah bakar, acuan kuih dangai dan alat perahan buah-buahan


Antara yang menarik perhatian kami adalah kipas angin tembaga ini :)  Ianya menggunakan minyak tanah untuk berfungsi,



Dibahagian luar galeri kebudayaan...


Galeri Diraja mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad  dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan lain-lain.




Tiada bayaran masuk dikenakan. 



Maklumat terperinci tentang sejarah Kota Kayang, Perlis ini boleh diperolehi dari carian internet.

Monday, September 3

Wang Kelian - syurga shopping?

Destinasi selepas Gua Kelam, Wang Kelian, alang-alang sudah dekat benar dengan Gua Kelam.  Kata staf yang bertugas di Gua Kelam, jika inginkan periuk belanga, boleh ke Wang Kelian.  Jika inginkan pakaian, lebih baik ke Padang Besar.  Saya ke sana hanya untuk meninjau-ninjau (jika berkenan - boleh beli).  Katanya orang utara, orang merata Malaysia sudah tiba, yang dekat-dekat ini, belum pernah sampai hehehe.

tempat wajib bergambar

Checkpoint sempadan Malaysia - Thailand










melayan kanak-kanak yang ternampak pelbagai mainan




gerai buah-buahan

agak lengang dari pengunjung



jam pula...

Selepas itu ke Kuala Perlis, menikmati ini....


Friday, August 31

Gua Kelam, Perlis

Destinasi Gua Kelam adalah perancangan secara mengejut bersama adik ipar.  Kebiasaannya, perancangan yang tidak diatur begitu lebih menjadi,  Maka, sampailah kami ke situ. 



Lokasi Gua Kelam ini sudah hampir dengan pusat membeli-belah Padang Besar dan Wang Kelian yang bersempadan dengan Thailand.

sumber

Perjalanan merentasi perkampungan, ladang dan kami mengambil jalan Chuping yang terkenal dengan ladang tebunya.  



Gua Kelam merupakan bekas tinggalan lombong bijih timah.  Terletak di Banjaran Nakawan, perjalanan di dalam gua mengambil masa lebih kurang 30min dengan seorang pemandu pelancong dengan bayaran RM40 (maksimum 10 orang berkumpulan).  Jika sukakan aktiviti lasak, mereka juga menyediakan pakej aktiviti lasak yang mengambil masa lebih dari sejam atau 3 jam.

perkhidmatan keretapi tiada ketika kami ke sana

Untuk trip yang pendek ini, kami hanya ditunjukkan dengan tempat melombong serta tempat di mana mereka membasuh bijih-bijih yang terkumpul menggunakan kaedah tradisional (mendulang).  Dasar gua itu satu ketika dahulu adalah dasar sungai yang mengandungi bijih timah.  Tulisan (bahasa Cina) juga terukir di dinding gua yang menjadi tempat luahan perasaan para pelombong yang berada di dalam gua berbulan lamanya.



Trek pendek ini adalah mendatar saja dan boleh dikunjungi oleh anak-anak kecil juga.  Selamat bercuti-cuti Malaysia!

Monday, November 8

Banjir - UiTM Perlis - Jumaat 5/10


Cuti Deepavali dimanfaatkan dengan mengikuti rombongan misi bantuan ke UiTM Perlis.  Suami juga memberikan sokongan padu dengan turut serta di dalam rombongan dengan 3 buah bas ini.  Misi yang diketuai oleh pengarah kampus ini turut disertai oleh staf pentadbiran, staf akademik serta pelajar.

Dengan cuaca yang agak suram, rombongan keluar melalui tol Alor Setar Utara dan menggunakan jalan lama untuk ke destinasi.  Perjalanan ke Perlis melalui beberapa halangan akibat jalan ditutup.  Jika kenderaan ringan dan kecil, rasanya tidak dapat melalui jalanraya yang dipenuhi air, anggaran saya, separas lutut atau lebih.  Bimbang juga tersangkut di tengah jalan yang dilimpahi air, tetapi hati memanjat berbanyak doa agar perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik semula.  


Alhamdulillah, selepas perjalanan 3 jam dengan beberapa henti kerana laluan dipenuhi air, kami tiba di UiTM Perlis sekitar jam 11 pagi.  Maka bermulalah sesi punggah-memunggah serta pembungkusan ke dalam plastik kecil untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar UiTM Perlis.  Ada juga sumbangan-sumbangan yang dihantar ke sekitar Kangar yang masih lagi ditenggelami air yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.  Ketika itu, keadaan di sekitar Arau telah pulih dengan beberapa kedai telah dibuka.  Keadaan mereka tidak lagi kritikal seperti sebelum ini.  



 air banjir deras mengalir di bahu jalan


 hati berdebar apabila bas melalui jalan yang ditenggelami air

 deretan kenderaan yang diparkir di atas flyover




Ketika kami tiba, pasukan dari UiTM Shah Alam sedang membungkus sumbangan mereka ke dalam plastik-plastik kecil.

 bersama-sama membungkus sumbangan

 sumbangan dari UiTM P.Pinang

pelajar-pelajar menerima sumbangan mereka

 pengarah UiTM P.Pinang (berbaju putih) di atas trak

 sumbangan yang sedang dimuatkan ke dalam trak untuk agihan di sekitar kawasan yang masih dinaiki air

Selesai agihan kepada pelajar, kami bergerak pulang sekitar jam 4 petang.  Pengarah masih lagi mengikuti misi bantuan ke sekitar Kangar dengan trak Palapes UiTM Perlis.  Kami tiba semula ke UiTM Pulau Pinang sekitar jam 6 petang. 


Musibah banjir ini diterima dengan pelbagai reaksi oleh pelbagai pihak. Alhamdulillah, pihak yang tidak merasai banjir turut sama-sama menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tidak kira agama dan bangsa.  Kepada kanak-kanak, mereka seakan-akan tidak mengerti apa itu kesusahan, sebaliknya seronok bermain di dalam air bah tersebut.  Bimbang juga melihat mereka di dalam air bah, tetapi diharapkan keluarga dapat mengawasi anak-anak ini untuk mengelakkan peristiwa yang tidak diingini berlaku.  Kepada mangsa-mangsa banjir, ini ujian bagi mereka setelah terputus bekalan air dan elektrik untuk menjalankan tugas-tugas harian mereka.  Semoga mereka bersabar.

- bersambung - (suasana di dalam perjalanan pulang)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin