Cuti Deepavali dimanfaatkan dengan mengikuti rombongan misi bantuan ke UiTM Perlis. Suami juga memberikan sokongan padu dengan turut serta di dalam rombongan dengan 3 buah bas ini. Misi yang diketuai oleh pengarah kampus ini turut disertai oleh staf pentadbiran, staf akademik serta pelajar.
Dengan cuaca yang agak suram, rombongan keluar melalui tol Alor Setar Utara dan menggunakan jalan lama untuk ke destinasi. Perjalanan ke Perlis melalui beberapa halangan akibat jalan ditutup. Jika kenderaan ringan dan kecil, rasanya tidak dapat melalui jalanraya yang dipenuhi air, anggaran saya, separas lutut atau lebih. Bimbang juga tersangkut di tengah jalan yang dilimpahi air, tetapi hati memanjat berbanyak doa agar perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik semula.
Alhamdulillah, selepas perjalanan 3 jam dengan beberapa henti kerana laluan dipenuhi air, kami tiba di UiTM Perlis sekitar jam 11 pagi. Maka bermulalah sesi punggah-memunggah serta pembungkusan ke dalam plastik kecil untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar UiTM Perlis. Ada juga sumbangan-sumbangan yang dihantar ke sekitar Kangar yang masih lagi ditenggelami air yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil. Ketika itu, keadaan di sekitar Arau telah pulih dengan beberapa kedai telah dibuka. Keadaan mereka tidak lagi kritikal seperti sebelum ini.
air banjir deras mengalir di bahu jalan
hati berdebar apabila bas melalui jalan yang ditenggelami air
deretan kenderaan yang diparkir di atas flyover
Ketika kami tiba, pasukan dari UiTM Shah Alam sedang membungkus sumbangan mereka ke dalam plastik-plastik kecil.
bersama-sama membungkus sumbangan
sumbangan dari UiTM P.Pinang
pelajar-pelajar menerima sumbangan mereka
pengarah UiTM P.Pinang (berbaju putih) di atas trak
sumbangan yang sedang dimuatkan ke dalam trak untuk agihan di sekitar kawasan yang masih dinaiki air
Selesai agihan kepada pelajar, kami bergerak pulang sekitar jam 4 petang. Pengarah masih lagi mengikuti misi bantuan ke sekitar Kangar dengan trak Palapes UiTM Perlis. Kami tiba semula ke UiTM Pulau Pinang sekitar jam 6 petang.
Musibah banjir ini diterima dengan pelbagai reaksi oleh pelbagai pihak. Alhamdulillah, pihak yang tidak merasai banjir turut sama-sama menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tidak kira agama dan bangsa. Kepada kanak-kanak, mereka seakan-akan tidak mengerti apa itu kesusahan, sebaliknya seronok bermain di dalam air bah tersebut. Bimbang juga melihat mereka di dalam air bah, tetapi diharapkan keluarga dapat mengawasi anak-anak ini untuk mengelakkan peristiwa yang tidak diingini berlaku. Kepada mangsa-mangsa banjir, ini ujian bagi mereka setelah terputus bekalan air dan elektrik untuk menjalankan tugas-tugas harian mereka. Semoga mereka bersabar.
- bersambung - (suasana di dalam perjalanan pulang)
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?