Monday, February 23

Jejak Warisan - Muzium Kota Kayang, Perlis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

klik untuk besarkan imej

Klik untuk besarkan imej

Kali ini berpeluang untuk menelusuri kisah yang telah termaktub di dalam sejarah di Muzium Kota Kayang, Perlis.  Lokasi muzium ini merupakan tapak kota pemerintahan Almarhum Kayang I - Sultan Kedah yang ke-15 di mana Perlis merupakan sebahagian dari Kedah ketika itu.  Kota ini dipilih sebagai kota istana kerana kedudukannya yang strategik dari segi perhubungan dan pertahanan.  Kota ini terletak di tebing Sungai Perlis dan hanya 5km dari muara Kuala Perlis serta dikelilingi oleh beberapa bukit yang berfungsi sebagai perisai kepada Kota Kayang.  Peristiwa perebutan takhta kerajaan ketika itu telah menyebabkan Kota Kayang ditinggalkan dan membawa kepada pembukaan Kota Bukit Pinang. Dengan izin Allah, ingin juga menjejaki Kota Bukit Pinang pada suatu hari nanti.  
  

Muzium utama

kitab juzuk Al-Quran bertulisan tangan
Muzium utama ini memaparkan galeri sejarah Kota Kayang, arkeologi dan senjata.  Ada ruang sudut aktiviti untuk kanak-kanak serta perpustakaan kecil yang menempatkan dokumentasi sejarah, foto-foto lama, keratan akhbar, tugasan asal-usul sesuatu kawasan di Perlis, kesultanan melayu dan lain-lain.



peralatan membuat keris



Menurut encik penjaga muzium, telaga Diraja dahulunya dalam dan airnya tawar. Namun, telaga ini ditimbus atas sebab keselamatan.  Begitu juga gua-gua laluan rahsia, katanya lagi, ditimbus tanah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini kerana gua tersebut menjadi tempat persembunyian ular kapak. 



Antara barangan yang dipamerkan di Galeri Kebudayaan adalah alatan pertanian, perikanan, peralatan rumah, permainan, alatan muzik lama.



dari kiri (belakang): batu giling, penapis santan, bekas membuat aiskrim, kebok laksa, dan pengisar beras dan kopi
dari kiri (hadapan) : acuan kuih karas, acuan kuih apam gula merah bakar, acuan kuih dangai dan alat perahan buah-buahan


Antara yang menarik perhatian kami adalah kipas angin tembaga ini :)  Ianya menggunakan minyak tanah untuk berfungsi,



Dibahagian luar galeri kebudayaan...


Galeri Diraja mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad  dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan lain-lain.




Tiada bayaran masuk dikenakan. 



Maklumat terperinci tentang sejarah Kota Kayang, Perlis ini boleh diperolehi dari carian internet.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin