Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah... dengan inayahnya kami diberi kelapangan masa dan kesihatan untuk mengikuti program jjmk yang julung kalinya dilangsungkan di bumi Endau-Rompin-Mersing ini. Biarpun merentas beratus km serta berjam perjalanan, saat melihat keterujaan penerima serta kejernihan wajah anak-anak menerima goodies @ jajan, melenyapkan segala keletihan yang dirasai... satisfaction indeed...
Ya Allah... mudahkanlah urusan kami.. lindungilah perjalanan ini...
By all means...(Endau, Johor) sumbangan tetap disampaikan untuk mengembirakan kumpulan sasaran yang kurang bernasib baik.
Di Kg. Kelantan...kerana ramai keluarga yang berhijrah ke daerah ini datangnya dari Kelantan.
Pengorbanan oleh marshall bidan terjun untuk memastikan kelancaran 21 buah kenderaan konvoi pelbagai saiz dan plet nombor.
Pohon pinang di bumi Endau...
Meredah terik mentari menuju ke destinasi seterusnya di Endau.
Pelbagai kisah kehidupan di kalangan keluarga yang hidup di dalam serba kepayahan ini. Berat mata memandang, tidak seberat bahu mereka yang memikulnya.
Bergambar kenangan di destinasi terakhir di daerah Endau, Johor.
Hati terkesan melihat anak seorang penerima yang hanya berusia kurang 1 tahun yang dimasukkan alat untuk mengawal rentak jantungnya. Alatan tersebut mampu bertahan selama 5 tahun dan anak itu akan bergantung dengan alat itu sepanjang hayatnya. Bersyukur anak-anak sendiri dikurniakan kesihatan yang baik berbanding anak kecil ini. Tiada lain yang diingini oleh ibubapa selain melihat anak-anak membesar dengan sihat tanpa sebarang komplikasi penyakit.
Kami menapak beberapa ratus meter untuk ke perhentian ke-2 di Kg Pianggu ini.
Rumah ini tidak dilengkapi dengan kemudahan air paip dan bergantung harap dengan 'telaga' yang tidak serupa telaga terutamanya di musim kemarau ini. Rumahnya beralaskan tikar getah yang berlantaikan tanah. Ini antara rupa kemiskinan yang masih wujud di era millenium ini. Rumah ini tidak jauh beza dengan rumah-rumah berlantaikan tanah yang pernah saya saksikan di daerah pedalaman di utara semenanjung.
'telaga' |
Up-close to nature. Inilah dia anak yang tidak mengenali buah kelapa sawit! Pokoknya sudah kerap dilihat, tetapi tidak buahnya secara dekat. Aktiviti masuk kampung ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada anak-anak tentang alam semulajadi.
Destinasi terakhir di daerah Rompin ini adalah rumah kecil di kawasan sawah padi (bendang - kata orang utara). Kami difahamkan bendang ini diusahakan oleh orang Kedah yang berhijrah ke sana.
Rumah yang tidak dilengkapi dengan kemudahan asas air dan elektrik...
kibaran sulung di bumi Rompin |
Untuk kenangan jelapang padi Rompin...
Kami tinggalkan bumi Rompin ini dengan pelbagai kenangan. Berada di kalangan keluarga yang ditemui seolah kami berada di tempat sendiri - utara - kerana bahasa percakapan mereka sama seperti percakapan kami. Jauhnya mereka mengembara dari utara untuk memakmurkan bumi Rompin dengan khazanah padi yang sememangnya lebih sinonim dengan Kedah - Jelapang Padi Malaysia. Sehingga kita berjumpa lagi andai hayat masih dipanjangkan olehNya.
Untuk kisah lebih lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?