Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Friday, March 30

Amboi...amboi...

Gambar dari blog yang tidak popular ini pun nak dicilok juga ya?  Kemudian diletakkan dengan water mark sendiri pula tu... haih... agak-agak boleh tak saman dapat juta-juta (melampau....), macamlah selebriti pilihan sangat kan. Sudahlah masuk rumah orang tak bagi salam, diambil pula barang kita bawa balik kata dia punya.  

Hehehe... bukan marah sangat pun... faham sangat... segala yang diupload ke dalam ruang siber ini, sesiapa pun boleh guna dan pakai, ambiklah!  tetapi.... kan lebih molek, jika diletakkan rujukan atau kredit atau link dari mana gambar tersebut diambil.  

Saya pun pernah dan akan ambil gambar orang untuk ditepek di dalam blog untuk menjadikan blog saya cantik menarik tertarik (perasannya dia...), tetapi saya tetap meletakkan kredit dari mana sumbernya.  Begitu....

Jangan kata menulis untuk suka-suka tiada adabnya ya... ADA... itu namanya etika di dalam penulisan.  Mana-mana sumber yang diperolehi dari orang lain tetapi meletakkan kredit kepada diri sendiri, itulah namanya plagiat!

Thursday, February 2

Lagi tentang Plus Ronda


Ketika membuat carian tentang plus ronda, saya dapati, ramai yang mengadu tentang perkhidmatan plus ronda yang tidak memuaskan malah ada penipuan yang berlaku.  Sebelum ini, ketika kami mengalami kerosakan kereta di lebuhraya :
2001 : Wira pancit dari Alor Setar arah selatan (pagi 2 Syawal 2001)
2011 : enjin Kancil bermasalah - berhampiran tol Bertam : September (pautan)
2012 : enjin Kancil bermasalah - berhampiran tol Sg Dua : Januari  (pautan)
*2010 : Timing belt Wira putus - berhampiran Sg. Petani arah utara (pautan) kami tidak menggunakan perkhidmatan Plus ronda kerana inginkan kereta itu ditunda kembali ke Kepala Batas sedangkan Plus ronda hanya menunda sehingga ke tol berhampiran (Sg. Petani) saja.
Alhamdulillah, rezeki kami, perkhidmatan yang diberikan Plus ronda baik-baik saja.  
Ketika berbual dengan En. Yus, ada dua buah kereta plus ronda yang bertugas pada siang hari dan hanya sebuah pada malam hari dari jam 7ptg - 7pg yang meliputi jarak dari Perai hingga ke Sg. Petani.  Lingkungan jarak yang lain, lain kereta perondanya.  Jadi, jika berlaku kerosakan atau kemalangan di dalam jangkauan ini, hanya mereka saja yang perlu berulang-alik ke tempat kejadian.  Di dalam kes saya baru-baru ini, memandangkan ada kemalangan di tempat yang lain pada masa yang sama, keutamaan diberikan kepada kemalangan.  
Dua kejadian sebelum itu, mereka cepat saja tiba memberikan bantuan.  Kerana itu, saya katakan saya berlapang dada dengan kekangan yang mereka hadapi untuk memberikan bantuan mereka.  
Tetapi, pastikan mereka yang berpakaian seperti itu datang dengan kenderaan rasmi mereka.  Jangan tertipu seperti kes ini (pautan).  
Petikan dari web (pautan):    
The services offered by the PLUSRonda include : 
  • minor repairs to vehicles experiencing a mechanical fault or breakdown
  • towing services to the nearest toll plaza or Rest and Service Area (for Class 1  vehicles only)
  • traffic management and co-ordination of emergency services

To obtain PLUSRonda assistance, users can:-
  • Call the toll free PLUSLine at 1800 88 0000 or
  • Use the emergency telephones which are provided at every 2 kilometres along the PLUS expressways
Jika ingin memberikan komen untuk penambahbaikan perkhidmatan plus ronda, sila klik di sini dan cetak borangnya. 

Inilah hak kita kerana kita juga membayar tol untuk menggunakan lebuhraya itu.  

Monday, October 17

PLUS

klik gambar untuk pautan

Jika anda mempunyai sebarang cadangan untuk penambahbaikan lebuhraya PLUS, silalah isi borang soal-selidik secara online ini, dengan harapan, cadangan kita dapat diterima pakai oleh pihak berkenaan.  Saya sudah memberikan maklumbalas tentang keadaan lebuhraya yang saya gunakan tiap-tiap hari.  Harap-harapnya dapatlah diambil kira (dan juga mendapat hadiah).  

Tuesday, July 8

Ayam ORganik

Ada yang bertanya, di mana saya mendapatkan ayam organik. Jika anda di Permatang Pauh, anda boleh mendapatkannya di outlet HPA berdekatan dengan Petronas Bandar Perda. Dan jika di Kepala Batas, ada di kedai berdekatan dengan Kedai Dobi, sederet dengan Kolej Komuniti Kepala Batas. Ini cuma di dua kawasan utara saja ye..tempat-tempat lain, saya tidak tahu.

Monday, June 30

I Loved You Enough!

Sewaktu saya melihat-lihat semula artikel usrah semasa di ijazah pertama dulu, saya terjumpa artikel ini. Tidak pasti siapa penulisnya...

I Loved You Enough !

Someday when my children are old enough to understand the logic that motivates a mother, I Will Tell Them:

I loved you enough, to ASK you about where you were going, and what time you would get home

I loved you enough, to INSIST that you buy a bike that we could afford to give you, with your own money

I loved you enough, to be SILENT and let you discover that your hand-picked friend was a creep

I loved you enough, to make you return a .. Milky-Way.. with a bite out of it .. to a drugstore and confess: "I Stole This"
(my note: Milky-Way is a chocolate)

I loved you enough, to STAND over you for 2 hours while you cleaned your room, a job that would have taken me 15 minutes to do

I loved you enough, to LET you see anger, disappointment, disgust and tears in my eyes

I loved you enough, to ADMIT I was wrong and asked for your forgiveness

I loved you enough, to LET you assume responsibility for your own actions at age 6, 10 or 16

But most of All, I loved you enough, to SAY no when you hated me for it. "That was the hardest part of All"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin