Pertama kali merasa pengalaman merasa naik kereta dengan pemandunya di dalam lori. Kereta kena "tow". Kami di dalam perjalanan pulang ke Alor Setar kerana ingin menghadiri kenduri perkahwinan sepupu suami apabila tiba-tiba kereta 'berhenti' dengan sendirinya di antara tol Bertam dan Sg. Petani Selatan.
kereta yang 'sakit'
Tidak sampai seminit, sudah ada yang bertanya untuk menunda kereta kami. Katanya 'timing belt' putus. Hmm... saya ini buta kereta... orang beritahu begitu... iyalah agaknya. Sabar benar orang-orang trak tunda menunggu kami untuk urusan 'tawar-menawar'.
Sememangnya kami tidak pernah mengalami situasi sebegini. Suami menelefon seseorang berdasarkan kad nama yang ada. Orang itu menawarkan RM150 untuk menunda kereta kembali ke Kepala Batas. Orang trak tunda yang berada di situ menawarkan RM180. Entahlah... saya rasa agak mahal juga. Apabila suami menelefon talian hotline PLUS, kata mereka hanya menunda kereta sehala sehingga tol yang berdekatan sahaja. Selebihnya perlu juga berurusan dengan penunda lain. Akhirnya setelah urusan tawar-menawar, mereka bersetuju untuk mengambil RM150.
budak berdua ini sempat lagi bermain dengan belon buih yang dibelikan pak cik mereka tempohari
Alhamdulillah, kejadian ini berlaku ketika di tempat sendiri, tidak ketika kami ke Pahang serta Melaka tempohari (entri selepas ini).
di KM inilah menjadi saksi kereta kami ditunda balik
kenangan di sini tidak akan dilupakan selama-lamanya
sempat lagi melayan kerengga di atas pohon ketapang
tiba juga akhirnya
senang saja melihat orang itu memasang alatan menunda
siap untuk ditunda
kami di dalam kereta, merasa juga ditunda... hehehe
adik sedang 'memandu' kereta yang ditunda
Pengalaman yang sungguh menarik. Pertama kali juga adik merasa untuk 'memandu' kereta yang bergerak. Adik sangat-sangat teruja. Ketika berselisih dengan van pekerja di tol, pak cik pemandu itu menegur adik dengan senyuman. "Syok ke bawak kereta"... hehehe... adik tersenyum lebar dengan usikan pak cik tersebut. Pak cik pemandu itu tidak henti-henti tersenyum melihat gelagat adik yang beraksi seolah-olah dia yang memandu kereta tersebut.
Akhirnya kami pulang dengan kereta kecil saya sahaja. Sepanjang perjalanan, kami melihat ada beberapa buah kereta yang mengalami nasib yang sama dengan kereta kami, terpaksa ditunda sehingga ke bengkel kereta agaknya.
Pesanan penaja : "Periksalah kenderaan anda ketika ingin melakukan perjalanan jauh untuk mengelak perkara seperti ini berlaku kepada anda".
Agaknya kereta ini 'penat' setelah melakukan perjalanan jauh tempohari, itu yang menjadi sebab musabab kejadian ini berlaku. Dan hikmahnya agar kami berhati-hati di masa hadapan apabila ingin melakukan perjalanan jauh serta setelah pulang dari perjalanan jauh juga.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?