Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

Thursday, March 31

Imam Muda

Kakak dan adik teruja menghadiri program ceramah oleh Imam Muda  (IM) Asyraf di Masjid Bertam baru-baru ini.  Adik tidak lepas pandang pada imam muda yang berjubah serta berserban putih itu, lalu dia berbisik pada saya,

"Ummi, itu imam muda yang dalam TV tu kan?"

"Iya..."

"Kenapa dia boleh ada di sini pulak?"

"Orang panggil dia ke sini, dia boleh datang, bukan dalam TV saja.", saya separuh berbisik kepada adik supaya tidak mengganggu konsentrasi khalayak ramai.

Gambar yang diambil oleh adik menggunakan kamera telefon

IM ini dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang remaja.  Sudah tentu golongan sasarannya adalah kaum pemuda/i, akan tetapi, apabila saya menoleh ke kanan dan belakang, ramainya dari golongan 'orang lama' dan juga kanak-kanak.  Ada juga segelintir wajah-wajah remaja yang turut hadir di kalangan muslimat.  Benar juga kata imam muda ini, adalah menjadi tugas 'orang lama' ini untuk mengingatkan kepada anak-anak dari golongan muda yang tidak hadir ke majlis seperti itu.

IM Asyraf berkisah tentang peranan pemuda di zaman Rasulullah.  Kebanyakan pejuang adalah terdiri dari kaum pemuda.  Biarpun di zaman ini semakin gawat dengan gejala maksiat yang membabitkan golongan remaja, namun masih ada lagi remaja yang 'baik-baik' yang tidak diberi perhatian.  Namun katanya, biarpun baik sekarang ini, tidak semestinya di masa akan datang berterusan baiknya.

Ketika separuh jalan program berlangsung, adik dan kakak sudah menguap.  Adik berbaring beralaskan beg telekung sebagai bantal.  Apabila nampak mereka semakin resah, saya mengundurkan diri dari ruang solat untuk keluar supaya mereka dapat bergerak di luar. Di luar, hilang mengantuk mereka apabila dapat bermain di tempat mainan yang disediakan.  

Selesai doa solat Isyak yang diimamkan oleh imam muda itu, seorang remaja yang berdiri di sebelah kanan  saya bersalaman dan berpelukan dengan saya.  Dia teruja melihat adik lengkap bertelekung yang turut bersolat.  Semoga katanya supaya adik menjadi anak yang solehah di maqbulkan Allah.  Alhamdulillah.

Friday, December 10

Bersama berhijrah


Saya ingin berkongsi forum perdana bersempena sambutan Maal Hijrah 1432H di kampus pada hari Rabu lepas.  Ahli panel merupakan ustaz selebriti yang sinonim dengan 'Jus Tok Guru', ustaz Fauzi Mustaffa dan pegawai bahagian pendidikan dari JHEAIPP, ustaz Roslan Che Ros.

 Gambar dari kejauhan

Disamping menyampaikan pengisahan tentang penghijrahan nabi s.a.w, ustaz Fauzi turut menyelitkan panduan untuk ber'hijrah' iaitu perlunya,

1. teman hebat yang dapat menyokong, seperti Ali r.a. yang menggantikan tempat tidur nabi di saat keberangkatan nabi untuk berhijrah serta Abu Bakar r.a yang menjadi peneman baginda yang menahan kakinya di lubang sehingga kakinya dipatut ular ketika berlindung di Gua Tsur. 

2. strategi, untuk ke Madinah di utara, nabi s.a.w bergerak ke selatan ke Gua Tsur dan kemudian menggunakan jalan yang bukan kebiasaan untuk ke Madinah.

3. minta bantuan Allah, hanya Allah yang dapat membantu untuk berhadapan dengan masalah yang timbul hasil dari penghijrahan itu.


Antara lain, perkataan HIJRAH itu sendiri dapat ditakrifkan sebagai:

H : Hati - hati perlu bersih.  Untuk mendidik/melembutkan hati
      1. usap kepala anak yatim
      2. bagi makan orang miskin
      3. ziarah kubur, orang mati untuk mengingati mati
I : Ilmu - untuk berjaya dunia dan akhirat perlunya ilmu.  
J : Jihad - bersungguh-sungguh
R : Rajin
A : Amal 
H : Hindari maksiat

Semoga ada manfaatnya. 

Friday, April 16

Penyusuan Susu Ibu

Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai ceramah "Penyusuan Susu Ibu menurut Perspektif Islam" yang dianjurkan oleh CITU, UiTM dengan kerjasama Hospital Seberang Jaya dan CAP Pulau Pinang.  Ceramah disampaikan oleh Cikgu Roslan Ali, dari Bahagian Pendidikan, CAP Pulau Pinang.  Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam penyusuan susu ibu kerana memberi sokongan kepada isterinya untuk kelapan-lapan anaknya menyusu secara eksklusif dari 2 - 3 tahun. 

Biarpun saya bukan orang yang selayaknya untuk membicarakan tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif, namun saya ingin menitipkan sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi dari ceramah tersebut.  Mengimbaskan kembali sejarah penyusuan anak-anak saya, mereka hanya berjaya disusukan dengan susu ibu selama 6 bulan saja.  Pemerahan susu tidak mengikut jam yang tetap dek kerana jadual kuliah yang tidak menentu turut menyumbang kepada kekurangan susu.  Tetapi sekurang-kurangnya, saya telah berjaya menyusukan untuk tempoh minimum tersebut.


Cikgu Roslan turut mengupas beberapa ayat Al-Quran tentang penyusuan susu ibu. 

Hormon yang terlibat di dalam penghasilan susu ibu, Oxytocin dan Prolactin

Khasiat susu ibu





Antara cara untuk membanyakkan susu ibu:

1. Banyakkan minum air suam
2. Makan sayur tauhu bercampur kucai
3. Minum jus pegaga

Susu ibu dapat bertahan 3 - 6 bulan jika disimpan di bahagian sejuk beku.  Cara pemerahan dan penyimpanan perlulah betul supaya susu yang disimpan dapat bertahan untuk diberikan kepada si kecil. 

Sedikit ilmu yang dapat dikongsi bersama walaupun terdapat website lain yang boleh dilayari berkaitan dengan penyusuan susu ibu.

Friday, July 4

Seminar - 2

Ini lanjutan dari ceramah ini...lama betul terpaksa memendamkan artikel ini.

Paper kedua ini bertajuk "Stress : Punca dan Kesan dalam Pembentukan Keluarga Harmoni" oleh Y.Bhg. PM. Dr. Mastura Badzis.

Punca-punca stress (3 kategori utama):
1. Pengalaman biasa (daily hassle), cthnya. masalah di tempat kerja
2. Perubahan besar yang berlaku dalam hidup, cth.kehilangan seseorang yang disayangi, hilang pekerjaan
3. "catastrophic event", cth, banjir, gempa bumi, penderaan

Kesan stress:
fizikal:
- sakit jantung
- strok
- kesakitan sendi
- pertambahan berat badan
- hilang berat badan
- masalah makan
- infeksi
- diabetik
- sakit kepala
- kesan pada kandungan
- ingatan, penumpuan dan pelajaran
- alahan
- masalah kulit
- keguguran rambut

psikologi:
- cemas, tidak tenteram
- kurang kualiti hidup
- susah untuk tidur
- emosi tidak stabil
- gangguan kehidupan keluarga dan hubungan sosial
- meransang penggunaan rokok, alkohol dan dadah
- dingin terhadap tugas dan tanggungjawab
- sukar berfikir secara rasional dan tidak mampu menangani sesuatu yang kritikal

Dalam konteks kehidupan berkeluarga
Punca stress
- Personaliti dan persekitaran
- kurang persiapan sebelum perkahwinan
- mental
- fizikal
- rohani
- aspek ekonomi
- aspek sosial
- persiapan menjadi ibu/ayah - kurang ilmu pengetahuan dan tiada pengalaman
- pengurusan masa
- ego dan rendah diri - tekanan emosi

Isu-isu stress
- tidak mendapat anak
- kehamilan
- kelahiran anak
- penjagaan anak
- membesarkan anak
- persekolahan/peperiksaan anak
- ahli keluarga sakit
- pertelingkahan rumahtangga
- kehadiran 'orang ketiga'
- keluarga mertua masuk campur urusan keluarga
- masalah komunikasi
- masalah ekonomi, hutang
- tempat tinggal dan jiran
- penceraian/ibu tunggal

Kesan Stress
- kecelaruan emosi
- pergaduhan suami isteri
- perceraian
- kesan negatif dalam pembesaran anak-anak:
- gangguan kesihatan fizikal
- sentiasa cemas, takut dan panik
- agresif
- ketidakpercayaan kepada orang dewasa
- melanggar disiplin dan peraturan

Bagaimana mengurus stress:
- kenalpasti perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya stress
- kenalpasti apa yang anda boleh ubah
- cuba kurangkan tekanan emosi
- moderate reaksi fizikal terhadap stress
- pengurusan masa
- work smart, not hard
- sediakan senarai dan tentukan priorit
- bina kekuatan fizikal
- berjogging, berenang
- makanan seimbang
- kawal berat badan
- tidur dan rehat yang cukup
- elakkan minuman bercaffein
-kekalkan kestabilan emosi
- berjumpa/berbual dgn kawan
- belajar menerima sesuatu kesedihan/ kekalahan/ kekecewaan
- berlaku baik terhadap diri sendiri

Menguruskan stress dari aspek rohani:
- doa
- usaha
- tawakkal
- khusyuk dalam solat dan solat jamaah
- sabar
- ayat 21 surah al-baqarah
- yakin pada qada' dan qadar
- zikir
- syukur
- bekerja untuk ummah
- mulakan hari dengan 'nota' positif
- jadikan Al-Quran sahabat setia
- banyakkan membaca

membantu anak-anak stress:
- ibu bapa perlu mengawal perasaan lebih dahulu tekanan yang dihadapi
- beri ruang untuk berkomunikasi
- galakkan anak-anak berkawan
- jadual seharian perlu dibentuk dengan mengambil kira 'temperament' anak-anak dalam pemikiran
- kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dan berehat

Apa perlu buat bila rasa stress:
- tarik nafas panjang
- pastikan nada suara tidak tinggi...quiet and slow
- kira 123456789
- pergi jauh
- fikir sebelum bertindak BUKAN fikir stress sebelum bertindak
- cuba beri tumpuan
- buat keputusan
- cuba bina dan perkukuh perasaan tanpa rasa tertekan

Akhir...tips
Nasihat dari rasulullah s.a.w, apabila marah dan tertekan
- diam dan tidak bergerak
- duduk jika berdiri dan baring jika sedang duduk
- mohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan
- pemerhatian
- basuh muka, ambil wuduk

Thursday, June 19

PhD

masih jauh dalam jangkauan. Sekarang ini pun masih terkedek-kedek mengejar Sarjana. InsyaAllah, setahun lagi untuk menghabiskan dissertasi.

Kedatangan Pengarah UiTM Johor untuk memberikan motivasi "PhD : Kecil tapi Signifikan" saya manfaatkan sepenuhnya. Ternyata, tidak sia-sia. Saya juga boleh aplikasikan apa yang Prof. berikan semalam itu di dalam mengejar Sarjana saya.

Untuk rakan-rakan yang akan dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana atau PhD, ini antara intipati yang dapat saya "cekup" semasa ceramah semalam. Saya masuk pun sekerat jalan kerana amanah mengajar di awal pagi.


- berkeyakinan : untuk melaksanakan penyelidikan/penulisan dengan niat dan perasaan ingin melakukannya secepat mungkin

- membudayakan: penyelidikan/penulisan adalah sebahagian kehidupan ahli akademik. Tidak perlu paksaan

- Perlu bersihkan hati dan niat untuk menjadi ahli akademik yang baik, bermoral dan beretika

Untuk melakukan penyelidikan:

- lakukan penyelidikan tentang bidang
- lakukan di dalam kepakaran bidang
- perlu banyak membaca, membaca, membaca (itu yg diulang oleh Prof!)
- perlu ada minat
- mesti luangkan masa

Untuk PhD, seseorang mestilah berhati BESAR dan berani.

Kejayaan PhD seseorang terletak di bahu sendiri.


Moga mendapat sedikit manfaat.


Wednesday, June 18

Tetamu Istimewa

Saya sangat teruja kerana seorang Prof. sudi bertamu ke UiTM Pulau Pinang. Saya tertarik dengan gaya penulisan Prof. Muhd Kamil, pengarah Johor ini yang santai dan mudah difahami. Berkali-kali membelek buku Travelog Haji, berkali-kali itu juga, air mata keinsafan mengalir ke pipi. Semalam berkesempatan bertemu beliau, terasa sudah lama mengenali Prof ini, masakan tidak, tiap-tiap hari saya tidak akan lupa ke sini.

ketika menandatangi buku beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Semalam, beliau menceritakan kembali pengalaman semasa menunaikan haji. Kupasan ibadat haji itu yang menariknya. Jika hendak mengetahui ceritanya, bacalah bukunya.


Antara pesanannya : Cubalah bersolat berjemaah setiap waktu serta bersolat sunat Dhuha. Banyakkan berdo'a serta serahkan segala-galanya kepada Allah. Pergantungan sepenuhnya hanya padaNya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin