Saya sangat teruja kerana seorang Prof. sudi bertamu ke UiTM Pulau Pinang. Saya tertarik dengan gaya penulisan Prof. Muhd Kamil, pengarah Johor ini yang santai dan mudah difahami. Berkali-kali membelek buku Travelog Haji, berkali-kali itu juga, air mata keinsafan mengalir ke pipi. Semalam berkesempatan bertemu beliau, terasa sudah lama mengenali Prof ini, masakan tidak, tiap-tiap hari saya tidak akan lupa ke sini.
ketika menandatangi buku beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Semalam, beliau menceritakan kembali pengalaman semasa menunaikan haji. Kupasan ibadat haji itu yang menariknya. Jika hendak mengetahui ceritanya, bacalah bukunya.
Antara pesanannya : Cubalah bersolat berjemaah setiap waktu serta bersolat sunat Dhuha. Banyakkan berdo'a serta serahkan segala-galanya kepada Allah. Pergantungan sepenuhnya hanya padaNya.
salam sis,
ReplyDeletetulah, mmg nak beli buku phd tu, tp tunggu dulu..
wah rezki dpt jumpa prof tu..
ha'a... seronok sembang ngan dia...mcm dah kenal lama pulak...hehehe.
ReplyDelete