Jika saya masih dapat meneruskan kandungan itu, jangkaannya pertengahan Disember ini kami telah menerima anugerah baru itu. Saya redha dengan ketentuanNya, dan Allah menggantikannya dengan anugerah lain pula pada waktu yang sama. Alhamdulillah.
bersama rakan sejabatan yang turut menerima anugerah |
Pemberi semangat untuk mengajar dengan lebih cemerlang |
Saya pasti ramai lagi pensyarah yang cemerlang pengajarannya, namun tidak dicalonkan agaknya. Sebenarnya, ada kisah di sebalik anugerah pengajaran cemerlang yang saya perolehi ini. Tarikh tutup penghantaran borang pencalonan sudah lama berlalu, dan AJK masih lagi membuka peluang untuk pencalonan. Senior dan koordinator saya mencadangkan saya supaya mengisi borang ini. Saya tidak memberikan perhatian serius kerana saya beranggapan, sudah tentu ramai lagi pensyarah lain yang lebih berkelayakan. Atas desakan dan sokongan dari mereka, saya menghantar borang pencalonan di saat akhir. Nampaknya, sudah tertulis rezeki saya di situ. Alhamdulillah.
Saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri supaya bekerja kerana Allah, bukannya kerana pengiktirafan manusia. Pengiktirafan manusia adalah sebagai 'bonus' dan bukanlah sesuatu yang perlu dikejar. InsyaAllah, jika kita tidak mengejarnya, ianya akan datang dengan sendiri. Jika dikejar, dan seandainya tidak mendapat apa yang dikejar, kita akan kecewa.
Saya memetik kata-kata sahabat saya - N, "Sesungguhnya dugaan yang Allah berikan untuk menguji kesabaran hambaNya, rupanya ada kemanisan yang menanti, kejayaan bertimpa-timpa. Bermohonlah pada Allah agar hati terpelihara dari segala perasaan kurang elok, agar kejayaan bukan kejayaan semata-mata, tetapi kejayaan yang lebih mendekatkan diri pada Allah yang Maha Esa". Terima kasih N di atas nasihat ini.
Apabila saya mengirimkan SMS memberitahu kakak saya tentang anugerah penulisan, katanya, saya tulis novel kah? Saya menjawab dengan nada bergurau, saya menulis blog!
Sememangnya saya tidak menjangkakan anugerah berganda ini. Saya ingatkan satu saja, rupanya tiga! Alhamdulillah.
(Nota: Anugerah penulisan itu adalah untuk penulisan atau terbitan akademik saja, bukannya kerana blog ini)
Tahniah :)
ReplyDeleteTerima kasih :D
ReplyDeleteSyabas dan tahniah Ila....you deserve all the awards. Teruskan usahamu mendidik anak bangsa. Hanya Allah SWT yang tahu isi hati dan nawaitu kita itu. Semoga lebih berjaya di tahun2 mendatang.
ReplyDeleteTerima kasih k.has.Selagi hayat dikandung badan insyaallah,itulah yang akan dilakukan.Amin,semoga sentiasa cemerlang bukan kerana anugerah saja tetapi keranaNya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTahniah kak.... rezeki berganda2.
ReplyDeleteTerima kasih @misabammas ;)
ReplyDelete