السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Edisi redah 'aje'... tanpa membuat apa-apa tempahan penginapan...
Setelah berpenat-lelah menyiapkan draf tesis, saya memerlukan satu getaway buat seketika. Memandangkan negara dilanda jerebu teruk September lalu, maka tiada banyak pilihan untuk melancong di dalam negara, perlancongan yang tidak memerlukan bajet yang extravaganza. Pilihan yang ada, ke utara tanahair, menyeberangi sempadan, dengan harapan mendapat pemandangan yang kurang berjerebu.
Berbekalkan USD100 (3400Baht) di tangan baki dari perjalanan ke Istanbul tempohari, kami ke Satun atau nama melayu sebelumnya adalah Mukim Setul (Jawi: مقيم ستول) melalui imigresen Wang Kelian. Satun merupakan wilayah di bawah kesultanan Kedah sehingga tahun 1813 (sumber). Ianya terletak di pantai Laut Andaman dan majoriti penduduknya adalah muslim. Dahulu, Satun mempunyai populasi Muslim melebihi 90% pada awal kurun ke 19 tetapi sekarang ini, populasi Muslimnya berkurangan kepada 65% (sumber).
|
imigresen Malaysia Wang Kelian |
|
Imigresen Thailand Wang Prachan - Caj di imigresen RM2/kepala |
|
surat kebenaran untuk membawa masuk kenderaan (perlu dikembalikan di imigresen Thailand) - RM10/kereta |
|
kedai di kiri kanan jalan untuk bershopping - RM juga diterima di kedai-kedai ini |
Penginapan muslim kebanyakannya tertumpu di pantai Pak Bara. Perjalanan ke Pak Bara dari sempadan Wang Kelian mengambil masa lebih kurang sejam lebih, lebih kurang perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Alor Setar, Kedah. Sangat berpuas hati dengan kualiti jalanraya mereka. Seperti di Malaysia, masjid di mana-mana, sangat mudah.
Kebanyakan pelancong yang sampai ke Pak Bara adalah pengunjung yang ingin ke Koh Lipe, pulau yang terkenal di selatan Thailand.
Ketika singgah bersolat di Masjid Bantalosai, kami ditegur oleh seorang warga Satun yang sudah agak berusia dan berpeluang memperolehi sedikit maklumat darinya yang mampu bertutur di dalam bahasa Melayu pelat, kadang-kadang agak sukar untuk memahaminya. Pak cik ini mempunyai saudara yang tinggal di Langkawi dan Perlis. Beliau menceritakan bahawa hanya segelintir golongan tua yang masih mampu bertutur di dalam bahasa Melayu. Bahasa pertuturan dan tulisan bagi generasi muda adalah bahasa siam.
Di bahagian belakang Masjid Bantalosai ini terdapat beberapa bangunan sekolah agama, agak saya seperti sekolah KAFA di Malaysia. Anak-anak seusia anak saya girang bermain teng teng, zero-point di perkarangan bangunan yang menempatkan beberapa bilik darjah... wah.. sangat mengimbau kenangan silam ketika masih kanak-kanak.
MashaAllah, Tabarakallah, gembira melihat anak-anak ini bertudung-litup dan diterapkan dengan nilai-nilai agama Islam dari usia kecil ini.
Setelah berulang-alik di pesisir pantai Pak Bara mencari penginapan yang sesuai yang rata-ratanya sudah penuh, kami menginap di Laguna Resort. Resort ini terletak berhampiran surau yang boleh didengari azannya.
|
Laguna Resort, Satun |
VIP family room dengan 1500Baht (RM179 pertukaran ketika itu). Ianya mengadap laut Andaman.
|
tanda bulan bintang menandakan tempat ini diusahakan oleh Muslim |
|
pemandangan dari resort - berjerebu... |
Tempat-tempat yang boleh dikunjungi di Pak Bara ini...
Rasanya..oklah...kerabu mangga di restoren kami makan tengahari sebelum itu lebih sedap. Ikan siakap 3 rasa, kerabu mangga beserta 1 jug air minuman
550Baht.
Tips perjalanan:
1. Bawa geran kereta. Insuran kereta untuk memasuki Thailand, RM16 (sah seminggu) yang dibuat di Changlun. Jika pemandu bukan tuanpunya kenderaan, sertakan surat kebenaran (authorize letter) dari tuan punya kenderaan. Caj perkhidmatan RM10.
2. Jika ingin menggunakan internet, bolehlah dapatkan
Traveller Simcard dengan harga 199Baht (yang boleh bertahan sehingga seminggu).
3. Pintu sempadan Wang Kelian dibuka dari jam 8pagi (waktu Malaysia, jam 7pagi waktu Thai) sehingga jam 7malam (waktu Malaysia, jam 6petang waktu Thai). Jika terlepas waktu tutup, maka, terpaksalah ke pintu sempadan Padang Besar.
4. Minyak kereta diisi penuh di Malaysia berhampiran sempadan. Harga minyak di seberang sempadan lebih mahal dan tidak tetap mengikut pengusaha minyak.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?