Showing posts with label cuti-cuti luar negara. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti luar negara. Show all posts

Friday, December 25

Kembara Ilmu - Pak Bara, Satun



 بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Edisi redah 'aje'... tanpa membuat apa-apa tempahan penginapan...

Setelah berpenat-lelah menyiapkan draf tesis, saya memerlukan satu getaway buat seketika. Memandangkan negara dilanda jerebu teruk September lalu, maka tiada banyak pilihan untuk melancong di dalam negara, perlancongan yang tidak memerlukan bajet yang extravaganza.  Pilihan yang ada, ke utara tanahair, menyeberangi sempadan, dengan harapan mendapat pemandangan yang kurang berjerebu.


Berbekalkan USD100 (3400Baht) di tangan baki dari perjalanan ke Istanbul tempohari, kami ke Satun atau nama melayu sebelumnya adalah Mukim Setul (Jawi: مقيم ستول) melalui imigresen Wang Kelian.  Satun merupakan wilayah di bawah kesultanan Kedah sehingga tahun 1813 (sumber).  Ianya terletak di pantai Laut Andaman dan majoriti penduduknya adalah muslim.  Dahulu, Satun mempunyai populasi Muslim melebihi 90% pada awal kurun ke 19 tetapi sekarang ini, populasi Muslimnya berkurangan kepada 65% (sumber).

imigresen Malaysia Wang Kelian
Imigresen Thailand Wang Prachan - Caj di imigresen RM2/kepala
surat kebenaran untuk membawa masuk kenderaan (perlu dikembalikan di imigresen Thailand) - RM10/kereta
kedai di kiri kanan jalan untuk bershopping - RM juga diterima di kedai-kedai ini

Penginapan muslim kebanyakannya tertumpu di pantai Pak Bara.  Perjalanan ke Pak Bara dari sempadan Wang Kelian mengambil masa lebih kurang sejam lebih, lebih kurang perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Alor Setar, Kedah.  Sangat berpuas hati dengan kualiti jalanraya mereka.  Seperti di Malaysia, masjid di mana-mana, sangat mudah.

Kebanyakan pelancong yang sampai ke Pak Bara adalah pengunjung yang ingin ke Koh Lipe, pulau yang terkenal di selatan Thailand.



Ketika singgah bersolat di Masjid Bantalosai, kami ditegur oleh seorang warga Satun yang sudah agak berusia dan berpeluang memperolehi sedikit maklumat darinya yang mampu bertutur di dalam bahasa Melayu pelat, kadang-kadang agak sukar untuk memahaminya.  Pak cik ini mempunyai saudara yang tinggal di Langkawi dan Perlis.  Beliau menceritakan bahawa hanya segelintir golongan tua yang masih mampu bertutur di dalam bahasa Melayu.  Bahasa pertuturan dan tulisan bagi generasi muda adalah bahasa siam. 



Di bahagian belakang Masjid Bantalosai ini terdapat beberapa bangunan sekolah agama, agak saya seperti sekolah KAFA di Malaysia.  Anak-anak seusia anak saya girang bermain teng teng, zero-point di perkarangan bangunan yang menempatkan beberapa bilik darjah... wah.. sangat mengimbau kenangan silam ketika masih kanak-kanak.




MashaAllah, Tabarakallah,  gembira melihat anak-anak ini bertudung-litup dan diterapkan dengan nilai-nilai agama Islam dari usia kecil ini. 

Setelah berulang-alik di pesisir pantai Pak Bara mencari penginapan yang sesuai yang rata-ratanya sudah penuh, kami menginap di Laguna Resort.  Resort ini terletak berhampiran surau yang boleh didengari azannya.


Laguna Resort, Satun
VIP family room dengan 1500Baht (RM179 pertukaran ketika itu).  Ianya mengadap laut Andaman.


tanda bulan bintang menandakan tempat ini diusahakan oleh Muslim


pemandangan dari resort - berjerebu...

Tempat-tempat yang boleh dikunjungi di Pak Bara ini...



tak sempat masuk, sudah lewat petang
bot-bot nelayan
Satun tourist information
jeti ke Koh Lipe
Koh Lipe adalah pulau terkenal yang menjadi tumpuan pelancong terletak 60km dari tanah besar. Kami tidak sempat ke sana kerana masa yang terhad.

sumber
Satun National Museum @ Kuden Mansion

Menurut catatan, Kuden Mansion ini siap dibina pada tahun 1902 dinamakan bersempena pemerintah Satun, Kuden bin Kumae.  Ianya digunakan sebagai pusat pentadbiran Satun dari tahun 1947 - 1963. Kini ianya menjadi muzium dengan bayaran masuk 50Baht/seorang.  Penerangan diberikan oleh pegawai dari Pattani yang fasih berbahasa Melayu.  Muzium ini letaknya berhampiran masjid mambang.

Sekolah pondok

peralatan dapur

Masjid Mambang


Nelayan Tamalang

Kunjungan 2 hari 1 malam tidak cukup untuk meneroka keseluruhan wilayah ini yang kaya dengan khazanah semulajadi.

ala-ala pasar hari yang menjual pelbagai barangan terutamanya makanan dan pakaian


cucur udang-bayam
cucur udang-bayam 30Baht

Ais krim kelapa 40Baht
Tidak susah untuk mencari tempat makan.  Lihat saja kedai yang mempunyai lambang bulan dan bintang, itulah kedai Muslim.  Ada juga kedai makan yang diusahakan oleh orang Pattani yang fasih berbahasa Melayu.

makan tengahari
wakaf di tepi laut 
nasi udang, nasi ayam kari, nasi goreng sotong dan (recommended) kerabu mangga - 280Baht
Saya bukan penggemar udang kering tetapi kerabu mangga yang dihidangkan kena dengan selera saya tanpa rasa udang kering.  Nasi udangnya segar dan sedap.  Jika ke sana boleh la berkunjung semula ke restoren ini.

Terdapat satu kawasan nelayan yang boleh diperolehi masakan hasil laut segar, Tg Pauh. Jenuh mencari Tg Pauh ini, sedangkan di dalam perkataan siamnya adalah Ban Tan Yong Po :D yang terletak kira-kira 60km dari pintu sempadan Wang Kelian.  Ketika kami singgah, terdapat beberapa keluarga dari Malaysia yang turut makan di situ.



Siakap 3 rasa

kerabu mangga

Rasanya..oklah...kerabu mangga di restoren kami makan tengahari sebelum itu lebih sedap. Ikan siakap 3 rasa, kerabu mangga beserta 1 jug air minuman
 550Baht.

Tips perjalanan:

1. Bawa geran kereta.  Insuran kereta untuk memasuki Thailand, RM16 (sah seminggu) yang dibuat di Changlun.  Jika pemandu bukan tuanpunya kenderaan, sertakan surat kebenaran (authorize letter) dari tuan punya kenderaan.  Caj perkhidmatan RM10.

2. Jika ingin menggunakan internet, bolehlah dapatkan Traveller Simcard dengan harga 199Baht (yang boleh bertahan sehingga seminggu).
3. Pintu sempadan Wang Kelian dibuka dari jam 8pagi (waktu Malaysia, jam 7pagi waktu Thai) sehingga jam 7malam (waktu Malaysia, jam 6petang waktu Thai).  Jika terlepas waktu tutup, maka, terpaksalah ke pintu sempadan Padang Besar.

4. Minyak kereta diisi penuh di Malaysia berhampiran sempadan.  Harga minyak di seberang sempadan lebih mahal dan tidak tetap mengikut pengusaha minyak.

Monday, December 14

Kembara Ilmu - Istanbul11 (Makanan dan shopping)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Catatan akhir Istanbul.

Makanan

Makanan tidak menjadi kesukaran di Istanbul ini kerana majoriti penduduknya adalah Muslim.  Jika makan di luar, kami hanya mencari gerai-gerai kecil di tepi jalan sahaja.  Rata-rata di sini, hidangan utamanya adalah roti dan kebab...ada juga hidangan nasi, tetapi nasinya sedikit berlainan dengan nasi di Malaysia.  Hidangan mereka tidak pedas, jadi setiap kedai menyediakan serbuk cili (chilly flakes) untuk pelanggan yang sukakan pedas.

Setiap kali duduk di meja, mereka akan letakkan roti yang menjadi makanan ruji bagi penduduk di sini.  Berhati-hati, ada kalanya ianya dikenakan bayaran, ada ketikanya ianya percuma, jangan lupa bertanya di setiap gerai yang dikunjungi.

roti 'wajib' :)

Iskender



 


Doner yang bersaiz besar 5TL

Memandangkan ini 'percutian bajet', saya turut membawa bersama periuk nasi kecil, beberapa bungkus beras (setiap bungkus cukup untuk sekali makan) untuk tempoh tertentu untuk kami berempat serta beberapa paket Brahim's kari ayam, ayam masak merah, nasi briyani dan nasi goreng. Ianya dapat mengurangkan 'kerinduan' kepada makanan Malaysia untuk tempoh seminggu berada di Istanbul :D

Pada hari kedua, ketika suami ke kedai runcit sekitar hotel, beliau 'terjumpa' roti canai.  Harganya sekitar 1.++ TL :D  

Roti canai Istanbul :)

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sandwic ikan (Balik Ekmek) yang segar dan sedap di gerai terapung berhampiran Galata Bridge.  Jika tidak silap, harganya 5TL atau 8TL.  Sedap dinikmati dengan air perahan lemon yang diletak bersama ikan tersebut.  Atas nasihat seorang rakan FB, Yeni Doğan, seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Istanbul, kami bawa bersama sos cili untuk menikmati kebab ikan ini :D

Balik Ekmek yang sedap dinikmati ketika panas
minuman jus lemon pelengkap kepada Balik Ekmek
Sos cili Mudim di Istanbul! :D
Ikan dibakar di atas perahu
inilah gerai terapung - ramai pengunjung

Untuk hari terakhir, kami makan di salah sebuah restoren berhampiran hotel.





Bagi peminat kopi, jangan lupa untuk mencuba kopi Turki yang sangat pekat dan 'kaw' ini.  Kopi ini dapat saya rasa ketika tuan rumah conference menyediakannya untuk peserta conference.  Walaupun hanya cawan kecil yang dihidangkan, agak sukar untuk saya habiskan! :D :D 



Sekadar ingin merasa aiskrim Turki... layankan saja 'pertunjukan' peniaga aiskrim tersebut :D Saya sukakan aiskrimnya, sedap dan kenyal tidak cepat cair.  




manisan Turki
mak cik pembuat roti 
Ketika menaiki tram, kami ternampak sebuah restoren Indonesia yang beroperasi berhampiran stesen tram Merkezefendi.  Ianya boleh dilihat dari laluan tram, namun kami tidak berkesempatan untuk merasai makanan di situ.



Shopping

Dari hari pertama tiba di Istanbul, kami melihat dan meninjau kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata sambil membandingkan harga.  Deretan kedai dengan pelbagai barangan menggamit setiap pengunjung untuk memasukinya.  Sekali lagi, berhati-hati ketika meninjau kedai-kedai ini. Jangan terpedaya dengan pujukan peniaga yang bermulut manis ketika mempelawa masuk ke kedai mereka.  



Ketika melintasi satu kedai karpet, peniaga mesra menyapa, "Malaysia?"... kami angguk, tiada niat untuk membeli.  Setelah berbasa-basi, beliau menjemput kami masuk ke kedai.

"Come..come inside.. please have a drink..."  Kami menolak lembut, tetapi diajaknya berkali-kali masuk  ke kedai untuk minum sambil 'bersembang'.

Setelah disediakan teh turki yang teramat panas, peniaga tersebut menyuruh pekerjanya membentangkan sehelai demi sehelai karpet di atas lantai.  

"Which one do you like?"  

Kami menggelengkan kepala.  Tidak berminat...

"Please... just choose which one you like..." pujuknya lagi...

"No.. we're not interested to buy any carpet"

Setelah beberapa kali pujukan untuk memilih tidak berjaya, beliau akhirnya dengan masam mencuka menyuruh pekerjanya menggulung semula karpet-karpet berkenaan.  Lalu tinggallah kami terkial-kial untuk menghabiskan teh yang masih panas! :D :D  

Ketika kami keluar dari kedai, tiada lagi sapaan manis darinya... dan kelihatan dia sedang cuba untuk 'memujuk' pelancong lain untuk masuk ke kedainya.  Ketika berjalan selepas keluar dari kedai tersebut, kami tergelak besar dengan gelagat peniaga tersebut :D :D  

Sebelum memulakan perjalanan ke Istanbul, kami banyak membaca tentang tips and trick untuk bershopping di Istanbul.  

1.  Jangan terpedaya dengan pujukan peniaga yang ingin menjual barangan mereka.
2. Jika berminat dengan sesuatu barangan, jangan ditunjukkan minat tersebut.  Berpura-pura untuk melihat barangan lain sehingga ditawarkan dengan harga yang murah.  
3. Tawarlah harga sehingga 50% dari harga asal.
4. Lihat-lihatlah di gerai yang menjual barangan yang sama dan bandingkan harga.

ini yang dicari anak-anak
di kedai Yeni Doğan
manisan Turki
lorong kasut yang dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kasut
lorong karpet
Jika ke Istanbul, ini antara satu lagi kemestian!  Buahnya tahan perjalanan yang agak panjang dari Istanbul ke Malaysia.

buah ceri yang sedap! 1kg 12TL
Crunchy cerry...
Untuk tarbus ini, diperolehi dengan harga 10TL.  Di sekitar Topkapi Palace, saya perhatikan harganya sekitar 30 - 35TL.  



6 kotak untuk 12TL
Dompet - 1TL/setiap satu

Untuk poskad ini, ada kedai yang menjual sekeping 1TL.

Poskad - 4 keping 1TL

Maklumat berkenaan tour dan pembelian di Istanbul banyak dibantu oleh rakan FB kami tersebut. Jazakillahu khairan katheera Yeni Doğan.  Beliau juga mempunyai kedai yang menjual pelbagai  jenis tudung, baju, dan lain-lain berhampiran stesen Tram Fındıkzade.

Pengalaman berada di bumi Istanbul adalah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Perjalanan 'redah' kami dengan berpandukan peta tram, laluan bas dan feri adalah satu pengalaman yang amat berharga.  Tidak sukar untuk bergerak di sekitar Istanbul kerana jadual perjalanan pengangkutan awamnya adalah teratur dan menepati masa.

Andai dipanjangkan umur dan berkesempatan dari masa dan kewangan, impian perjalanan selain dari tiga tanah suci, Turki ini menjadi destinasi yang berada di dalam priority list untuk dikunjungi pada masa hadapan.  Banyak lagi kisah yang perlu dihayati di bumi ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin