Thursday, December 24

Jalan-jalan Masuk Kg - Rangkuman perjalanan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad ﷺ.

Agak lama tidak mencatatkan sesuatu berkenaan dengan aktiviti Jalan-jalan Masuk Kg (JJMK), aktiviti berkala yang dianjurkan oleh NGO Wargakilang.

Pertamanya, faktor kekangan masa, keduanya, gambar-gambar aktiviti sudah dimuat-naik ke dalam album fb.  Saya masih dan akan  إن شاء الله meneruskan aktiviti ini yang sudah sebati dengan jiwa saya serta menjadi aktiviti jalan-jalan sekeluarga.

Dunia adalah tempat berpenat, akhirat tempatnya untuk berehat.  Selagi hayat, seboleh mampu khudrat, cubalah juga untuk berkhidmat walaupun tak bergelar Yang Berhormat :)  Ulasan surah Al-Insan yang diberikan oleh Ust Yusuf Othman malam tadi menyemarakkan lagi semangat juang yang kadang-kadang ada juga naik turunnya.

5. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan akan minum daripada gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur.  
6.  Ia adalah mata air (di dalam syurga) yang diminum oleh hamba-hamba Allah dan mereka dapat memancarkannya dengan sebaik-baiknya.
7.  Mereke memenuhi nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.
8.  Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.
9. Sambil berkata, "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan terima kasih daripada kamu."

Inilah penguat semangat saya.

1. Pemandangan indah yang tersaji di hadapan mata setiap kali jelajah.

JJMK Kelantan, 27 Jun 2015
JJMK Beras Nami, 14 Oktober 2015
JJMK Yan, 2 Mei 2015
Membelah kehijauan bendang, JJMK Yan, 2 Mei 2015
JJMK Yan, 2 Mei 2015

2. Senyuman mereka

JJMS Kelantan, 19 Disember 2015
JJMK Nami/Baling, 4 Julai 2015

3. Tangisan kegembiraan mereka

JJMK Kemaman, 11 Julai 2015
JJMK Yan, 2 Mei 2015

4. Silaturrahim yang terjalin

JJMK Kemaman, 11 Julai 2015
JJMS Kelantan, 19 Disember 2015

5. Makanan tempatan yang sedap... :D :D 


JJMS Bota, 5 Disember 2015

6. Kerjasama sesama peserta

JJMS Bota, 3 Dissember 2015
JJMK Nami/Baling, 4 Julai 2015

7. Live tazkirah

Tetap berusaha walaupun di dalam serba kekurangan, JJMK Kemaman, 11 Julai 2015
Motivasi dari Pak Su Romli, JJMK Yan, 2 Mei 2015

8. Doa-doa mereka

JJMS Kelantan, 19 Disember 2015

JJMS Kelantan, 19 Disember 2015
JJMS Kelantan, 19 Disember 2015
JJMK Yan, 2 Mei 2015

Saya mencari 'anak kunci' untuk memudahkan urusan saya di dunia dan akhirat seperti yang diriwayatkan oleh hadith ini:


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”(HR. Muslim)

Faktor terakhir itulah yang paling menguatkan semangat untuk turut serta di dalam setiap JJMK menyantuni golongan asnaf biarpun hanya menjadi 'posmen' tanpa tauliah.  

Wira-wira yang tidak didendangkan sebenar-benarnya adalah sahabat-sahabat di belakang tabir yang tidak jemu-jemu menghulurkan sumbangan untuk merealisasikan hasrat si posmen ini.  

Jazakumullahu khairan katheera sahabat-sahabat.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin