بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Bukit ini mengambil nama seorang penulis Perancis terkenal, Pierre Loti yang memberikan panorama Golden Horn dari tanah tinggi. Ianya boleh dinaiki samada dengan berjalan kaki atau dengan kereta kabel berhampiran dengan Masjid Eyüp.
Bayaran kereta kabel ini juga menggunakan Istanbul Kart dengan harga 2.15TL sehala.
menanti giliran untuk menaiki gondola |
Perjalanan kereta kabel ini merentasi tanah perkuburan di kaki bukit Pierre Loti. Pierre Loti tidaklah setinggi gunung Mat Chinchang, Langkawi dan perjalanan dengan kereta kabelnya tidaklah segayat kereta kabel yang merentasi puncak Mat Chinchang :)
Di atas bukit ini terdapat cafe, bangunan dan artifak bersejarah serta gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan cenderamata dan aksesori perhiasan wanita. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web Pierre Loti ini.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?