بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Rencana awal yang disusun untuk Bhosphorus Cruise ini tidak menjadi kenyataan setelah penerbangan ke Istanbul tergendala pada hari pertama perjalanan. Bhosphorus, selat terkenal yang memisahkan antara benua Asia dan Eropah dan menghubungkan dengan Laut Hitam di utara dan Laut Marmara (Mediterranean) di selatan.
sumber |
Kami menyertai cruise ini secara ad-hoc ketika berada Kabataş di pesisir Selat Bhosphorus, secara kebetulan ada feri yang tersedia untuk memulakan perjalanan. Harga tiketnya adalah 12TL seorang untuk pelayaran melepasi Bosphorus Bridge (Boğaziçi Köprüsü) sehingga ke jambatan kedua - Mehmet the Conqueror Bridge (Fatih Köprüsü) yang mengambil masa sekitar sejam lebih. Cruise sehingga Laut Hitam mengambil masa yang lebih lama.
Monumen-monumen lama boleh dilihat di sepanjang pesisir selat Bhosphorus ini, baik di sebelah Asia dan Eropah serta camar-camar laut berterbangan mencari rezeki di permukaan air. Penerangan bermula dengan monumen di bahagian Eropah (di sebelah kiri cruise).
Galata Tower |
Menara asal dibina pada tahun 1348 dan dikenali sebagai the Tower of Christ (Christea Turris) dan berfungsi sebagai menara peninjau. Menara ini memberikan pemandangan 360° Istanbul.
Dolmabahçe Palace |
Jambatan pertama - Bhosphorus Bridge
Ortaköy Camii |
Rumeli Hisarı Fortress |
Kubu besar yang terletak di Sarıyer ini dibina atas arahan Sultan Mehmet II yang terletak di bahagian paling sempit selat Bhosphorus untuk mengawal lalu lintas komersial dan ketenteraan sebagai persediaan untuk pengepungan Constantinople. Sekarang ini ianya berfungsi sebagai muzium terbuka untuk kunjungan orang ramai.
rumah-rumah di pesisir selat Bhosphorus yang bernilai jutaan Lira |
Camar laut mengintai rezeki di dalam air |
Maiden's Tower |
Maiden's Tower mempunyai pelbagai fungsi satu ketika dahulu, antaranya sebagai rumah api. Ianya terletak di pulau kecil yang terletak di pintu masuk selatan selat Bosphorus 200m dari pantai Üsküdar di Istanbul, Turki.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?