Wednesday, February 13

JJMK Nelayan - Menyusuri Pantai Laut China Selatan (II)

Kembara diteruskan...

Teringat kata-kata seorang ustaz di dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9 apabila ditanya oleh seorang penonton tentang amal dan ikhlas yang mana dahulu.  Ustaz memberitahu, jika ditunggu ikhlas, sampai bila-bila pun tidak akan ada amal yang dilakukan.  Mulakan dengan amal, mula-mula mungkin tidak ikhlas, tetapi lama-kelamaan, inshaa Allah, keikhlasan akan datang dengan sendirinya.  Siapalah insan-insan di sekeliling yang hendak pertikaikan apa yang di dalam hati seseorang yang beramal itu samada ikhlas atau tidak.  Saya yakin, ramai insan-insan hebat di luar sana yang mempunyai cara tersendiri untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Jika kamu zahirkan sedekahmu (*menzahirkan sedekah dengan tujuan supaya dicontohi oleh orang lain), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kpd orang fakir maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan - Al-Baqarah:271

Persinggahan kedua - Chendor.  Hujan rahmat mengiringi pemberian sumbangan kepada dua buah keluarga.  


ibu tunggal

Persinggahan ketiga - Kemaman.  Kami teruja kerana rumah Pak Long ini terletak di tepi pantai.  Sumbangan untuk empat keluarga disampaikan di rumah Pak Long ini.



penginapan Pak Long anak beranak

Pak Long yang tidak mempunyai mata pencarian kerana mata tidak nampak

Ibu tunggal - 4 orang anak

Mengambil peluang berposing di tepi laut ini

Persinggahan keempat - Kemaman.  Dua buah keluarga, Pok Der (bapa tinggal) yang lumpuh akibat strok bersama anak-anaknya dan Pak Abdillah (bekas nelayan) yang menumpang di rumah anak dan menantu yang juga nelayan.



Rumah pok der

Menyusuri lorong untuk ke rumah Pak Abdillah


Pak Abdillah yang mengidap kanser mulut

Persinggahan kelima - Kemaman.  Rumah 4 keluarga penerima sumbangan ini berdekatan antara satu sama lain.  Pekerjaan utama mereka adalah nelayan serta mengambil upah menyiang ikan. 


Yazid yang mengidap ulser perut - rumah berbumbung bocor yang dibina di atas tanah orang

3 keluarga di dalam satu rumah yang sempit
Pak cik Hamzah - OKU

ikan yang disiang dengan upah RM0.60/kg


kerja menyiang ikan

Persinggahan keenam dan terakhir - Chukai, surau Taman Geliga Intan.  Puan Suhaizah (kematian suami) menyara 4 orang anak dengan mengajar mengaji quran serta Puan Budilah menyara 5 anak (seorang anak sendiri dan 4 anak yatim piatu) dengan mengambil upah mengemas rumah orang.  Ustazah ini sangat teruja melihat longgokan barang sumbangan yang banyak untuk keluarganya.  


Puan Suhaizah  (kiri) dan Puan Budilah (kanan)

Alhamdulillah, peserta mendapat tajaan makan pagi serta tengahari dengan masakan tempatan bersama budu, tempoyak dan sambal.  Saya pasti akan terkenang-kenangkan keropok (baca : kepok) Terengganu yang sedap ini.  

Gambar untuk paparan - yang dimakan melebihi ini :)

sebahagian dari para peserta

Istimewanya edisi jalan-jalan kali ini, kami disajikan dengan alunan qasidah antaranya - Ya Hanana oleh pelajar-pelajar tahfiz.  


Insan-insan hebat pendokong WK bersama adik-adik tahfiz

Alhamdulillah, saya dapat bertemu dengan ramai insan-insan hebat (masih ramai di luar sana yang masih belum diizinkan bertemu) yang menyedari peranan masing-masing sebagai hamba Allah yang mencari mardhotillah (keredhaan Allah) sebagai bekalan ke alam abadi.  

Keramahan dan kemesraan tuan rumah sangat kami hargai.  Bukan hanya mengenyangkan perut, tetapi juga menyedapkan telinga dan menenangkan hati dengan alunan qasidah yang mendayu-dayu itu.  Terima kasih kepada mereka di belakang tabir yang menyediakan layanan terbaik untuk kami yang datang dari jauh ini.

Dari P.Pinang ke Kuala Kemaman
Mengikut jelajah JJMK Nelayan
Terima kasih wahai cik puan
Layanan baik sentiasa di ingatan


Walaupun kami bukannya dari kalangan wargakilang, kami bersyukur kerana diberi peluang dan kesempatan untuk 'menempek' di dalam kerja-kerja amal yang mereka anjurkan.  Alhamdulillah.  

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin