Saturday, February 16

Cherating 're-visited'

Peluang untuk mengikut JJMK nelayan kami sekalikan untuk percutian keluarga.

Kali terakhir kami ke Cherating adalah 2008 ketika anak-anak masih belum bersekolah.  Sebelum itu pada 2007, berkonvoi bersama keluarga dan saudara-mara ke Terengganu dan Cherating. 

Baru-baru ini, bilik ditempah di Eastana Cherating Beach Resort.  Pengalaman agak 'pahit' ketika menginap di situ kerana sepanjang menginap di mana-mana resort/chalet, TIDAK PERNAH kejadian TIADA AIR dialami. Bayar mahal untuk sebuah bilik tetapi untuk qada' hajat dan berwuduk terpaksa nomad ke tandas awam di sebelah dewan makan... huhuhu...sadis...mujur juga tiada anak kecil.  Kata staf yang bertugas, guests overloaded kerana peak season....S.A.B.A.R sajalah...

Aduan sudah dibuat di laman web yang kami lakukan tempahan...begitu juga di FB mereka, tetapi masih tiada apa-apa maklumbalas.  Hak pengguna supaya pengguna seterusnya tidak teraniaya dengan servis yang kurang memuaskan dengan bayaran yang tidak setimpal.   

suram

seronok bermandi-manda walaupun hujan gerimis


Anak-anak sempat mandi laut selama 1 1/2 jam saja pada hari kedua kami di sana ketika air surut di dalam cuaca yang suram.  Layang-layang yang dibeli sehingga sekarang masih belum mengibarkan sayapnya, entah bila dapat terbang bebas di udara.  Faham benar cuaca di sebelah pantai timur pada waktu begini, kerana agenda utama bukanlah 'makan angin'.

Pantai 2007 tidak lagi sama seperti yang kami kunjungi baru-baru ini.  Pantai dahulu lebih bersih.  Kehadiran mat mat motor dengan enjin motosikal dihidupkan dengan bau asapnya sedikit mengganggu.


pembuatan keropok lekor

Walaubagaimanapun, terasa puas hati dapat merasa keropok Terengganu dan Satar Aziz yang dicari.  Pertama kali juga melihat pulut jantung - pulut yang berintikan serunding, tiga biji dimakan oleh adik seorang saja.  Sendawa  sudah berbau ikan.  Ketika membuka balutan otak-otak pantai timur, sedikit terkejut kerana ianya tidak sama seperti otak-otak selatan tanahair.  Lain negeri, lain caranya.  Pengalaman baru buat saya.  Minta maaf orang Kemaman, ikan bakar Telok Tempoyak masih yang pertama di dalam senarai saya dan en. suami.


pulut jantung

sambalnya diletak selepas ikan selesai dibakar

Satar Aziz

Perhentian terakhir membeli keropok sebelum balik

Pasca jalan-jalan, adik beritahu, dia suka dapat berikan bungkusan goodies kepada kanak-kanak yang kami temui semasa JJMK Nelayan.  Inshaa Allah, dengan aktiviti yang berterusan begitu, diharapkan dapat melembutkan hati anak-anak untuk menghargai kehidupan ini supaya tidak memandang kelebihan dan kemewahan orang lain, tetapi memandang kepada kekurangan dan kemiskinan masyarakat di keliling mereka.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin