Wednesday, February 13

JJMK Nelayan - Menyusuri Pantai Laut China Selatan (I)

Bismillah dan Selawat serta Salam ke atas Rasul Junjungan s.a.w.

Edisi JJMK anjuran NGO wargakilang ini menyelami kisah para nelayan, ibu tunggal, warga emas serta anak yatim di daerah Beserah, Chendor (Pahang) serta Kemaman (Terengganu).  Perancangan ini dibuat secara last minute juga mengikut kesesuaian masa encik suami.  Alhamdulillah, cuti hujung minggu serta cuti tahun baru cina dapat dimanfaatkan secara 3 dalam 1, beramal, percutian keluarga serta mendapatkan stok untuk kedai.  

Masjid Balok menjadi pusat pengumpulan barang-barang sumbangan yang dibawa oleh peserta konvoi.  Ada yang dari KL seawal jam 4.30 pagi memandu seorang diri memecah kegelapan Banjaran Titiwangsa.  Ada juga keluarga dari KL yang turut tersangkut di dalam kesesakan lebuhraya Karak walaupun bertolak seawal 5 pagi hari sebelumnya.

Inilah kisah mereka.  Gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya.

Aksi seorang pengarah yang mempunyai cerita tersendiri sepanjang tinjauan mencari keluarga yang layak untuk menerima sumbangan

sebelah tangan mengelek anak, sebelah tangan lagi mengangkat beras

Apa yang penting... kerjasama....

ketika kaum bapa sibuk memunggah barang, kaum ibu menjamu tekak dahulu hehehe

Generasi pelapis

Mana ayah???

Giliran kaum bapa bersarapan pagi


Kereta besar ini menjadi saksi amal jariah yang dilakukan oleh pemiliknya

barangan yang bakal menceriakan wajah para penerima sumbangan

doa oleh Tuan Imam Masjid Balok

Sebahagian dari deretan kenderaan yang turut serta

Tempat berukhuwah

Peserta konvoi yang tidak ramai kali ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkenalan sesama peserta.  Edisi sebelum ini hanya dapat berbalas senyuman tanpa dapat bertukar maklumat tentang diri masing-masing yang selama ini hanya bertemu di alam siber.


berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing

Enam keluarga yang majoritinya keluarga nelayan mendapat tempias rezeki dari pemberi sumbangan di persinggahan pertama - Beserah.  Tergambar wajah gembira penerima sumbangan melihat longgokan beras, tepung dan barangan lain di hadapan mereka yang mungkin tidak pernah dimimpikan oleh mereka untuk memperolehi barangan mentah sebanyak itu.


Tidak mengerti apa-apa yang dilakukan oleh mak ayah

Menari ke dik?  atau seronok menadah air hujan?

Warga emas sebatang kara

Rumah sewa ibu tunggal yang mengambil upah cucuk sate dengan bayaran RM400/sebulan

Konvoi lebih dari 20 kereta dikawal oleh Marshal Tuan 'Mat Adios' (nama gelarannya) yang menahan trafik dengan kereta innovanya di pertengahan lampu isyarat berhampiran Masjid Geliga, Kemaman.  Saya tidak sempat mengabadikan aksi hebat itu dengan lensa kamera :)

Saya sangat kagum dengan semangat peserta konvoi yang tabah mengharungi hujan gerimis yang kadang lebat yang mengiringi kami sejak di Masjid Balok sehingga ke destinasi terakhir, surau di Taman Geliga, Kemaman.

Terasa puas melihat wajah-wajah ceria penerima.  Itulah "erti hidup pada memberi" memetik kata-kata Saifulislam.com.

- bersambung ke bahagian akhir -

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin