Bumper kereta yang sudah renggang :( (baca : $$$$). Dari belakang tidak berapa nampak kerenggangan bumpernya.
Lokasi kejadian : Di antara RnR Gurun - Tol Sg. Petani Utara arah selatan
Masa : 7.45pm - 8.00pm (terlupa untuk mencatat masa sebenar kerana panik!)
Tarikh : 8 Disember 2012
Kereta yang dipandu en. suami sedang mengekori lori dengan jarak yang selamat. Tiba-tiba kami terpandang UO melintang di tengah jalan lorong kiri lebuhraya PLUS. Saya terjerit "apa tu bang!?"
En. suami mengganggarkan supaya UO tersebut tidak digilis tayar (tidak sempat membrek) dan melalui di tengah-tengah kereta antara tayar. Kami terdengar bunyi kuat yang terkena belakang kereta. Jangka kami 'biasa-biasa' saja. Kata en. suami mungkin tayar lori yang pecah.
Ketika selesai makan malam di Sg. Petani Utara, barulah kami perasan, bumpernya sudah renggang. Pastinya UO itu terkena bumper belakang kereta kami ketika melalui bawah kereta kerana objek itu agak besar.
Saya menghubungi talian khidmat pelanggan PLUS dan mereka memberikan prosedur berikut ketika terlanggar objek di lebuhraya. Sebenarnya (ramai yang tidak tahu termasuklah saya sehinggalah diberitahu en.suami) boleh claim dari pihak PLUS jika berlaku kerosakan pada kenderaan mereka.
1. Ambil gambar objek yang berada di atas jalan serta gambar kerosakan kenderaan.
2. Catatkan masa dan lokasi kejadian
3. Buat laporan polis
4. Buat aduan di pusat khidmat pelanggan PLUS
Manalah mamarazi ini ingat untuk mengambil gambar objek tersebut di dalam keadaan panik wal (dan) terkejut ditambah dengan suasana yang gelap gulita itu (malam).
Fuh...
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?