Wednesday, December 28

Pertama kali

Baru-baru ini, en suami menghadiri kursus usahawan selama 10 hari di Kajang.  Memandangkan sekali perjalanan ke sana, suami juga ingin menyelesaikan urusannya di KL. Setelah perbincangan dibuat, saya dan anak-anak akan menyusulnya dengan bas pada hari terakhir kursusnya.  Inilah pertama kali anak-anak menaiki bas untuk tempoh yang agak lama.  Mereka sangat teruja.

adik mencuba memasang youtube di dalam bas

"Kenapa ummi tak pasang broadband?", tanya adik ketika cuba membuka video Upin dan Ipin.  Internet tidak begitu memuaskan untuk melihat video ketika di dalam bas.  Inilah bahasa budak-budak sekarang. 

Mujur juga anak-anak tidak menunjukkan sangat 'kejakunan' mereka menaiki bas.  Jika tidak... 

Makan malam di Restoren Mohd Chan di Klang Central.  Saya tetap memilih Kantonis kegemaran saya.

@Restoren Mohd Chan, Klang Central


kuih pau pula!

2 comments:

  1. Sudah lama saya tidak menaiki bas ekspress sejak kahwin dulu .. dulu saya suka menaiki bas ekspres bila berjalan jauh ...oh kenangan ... :)

    ReplyDelete
  2. zaman bas ekspress kita sudah berlalu... anak-anak pun jarang naik bas, kemana-mana berkereta. Ketika belajar dulu, kami (saya dan Ija) lebih kerap naik keretapi bila balik kampung kerana stesyennya lebih dekat di Bukit Mertajam berbanding Butterworth.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin