Saturday, February 27

Selamat Tinggal


Ini teman tidur adik.  Yang di sebelah kanan, sudah lama dibeli tetapi adik "sayang" untuk menggunakannya.  Di sebelah kiri sudah lama menjadi teman tidur adik.  Sudah banyak kali dibasuh sehingga menjadi kurus.  Baru-baru ini saya memujuk adik untuk membuang pooh lama tersebut.  

"Adik takut pooh baru nanti kurus"
"Tak pa, nanti bila kurus, kita beli lain yang baru"

"Oooo"

Thursday, February 25

Sikap!

Waktu kejadian : Pagi

Ops Sikap yang ke-21 baru saja berlalu.  Menurut laporan yang dikeluarkan, "sikap" masih menjadi punca kepada berlakunya kemalangan.  

Lima hari seminggu melalui jalan ini untuk ke tempat kerja menyaksikan sikap sesetengah pengguna jalanraya yang "mementing"kan diri sendiri.  Perjalanan yang sepatutnya tiada halangan menjadi agak sesak dengan sikap pemandu yang menggunakan lorong kecemasan untuk memecut laju ke hadapan.  Di hadapan sana ada susur keluar yang akan bercantum dengan jalan utama, dan sudah tentu, kereta-kereta yang menyusup di sebelah kiri tadi akan "menyelit" pula ke laluan utama.  Akibatnya, inilah yang terjadi!







Jangan lupa, anak-anak memerhatikan tingkah laku si ibu ayah yang memandu kereta.  Tidak hairanlah jika  nanti pemandu-pemandu muda juga begitu gopoh ketika di jalanraya natijah dari pendidikan tidak rasmi yang ditunjukkan oleh ibu ayah mereka.
(teringat iklan "jangan memotong barisan" oleh kanak-kanak)

Friday, February 19

Di Sebalik Tabir... Conference (1)

Jabatan kami yang kecil sedang di dalam perancangan untuk menganjurkan konferensi yang besar.  Sudah 2 kali ianya berjaya dianjurkan pada 2006 dan 2008 yang lalu.  Peringkat pertama yang agak genting adalah promosi di mana pasukan promosi bertungkus-lumus untuk menyediakan bahan edaran melalui emel, poster dan fliers.

 
pasukan promosi mendapat bantuan dari rakan-rakan sejabatan yang lain

sambil-sambil kerja, sambil-sambil bergurau-senda, baru suasana ceria

masih banyak lagi yang perlu diselesaikan...

Poster-poster dan fliers ini akan dikirimkan ke IPTA dan IPTS manakala promosi ke luar negara hanyalah melalui emel.  Memandangkan cuti tahun baru cina yang baru berlalu, masih ramai lagi yang bercuti panjang dan hanya beberapa rakan yang dapat membantu.  Namun, alhamdulillah, proses untuk menggulung poster selesai dalam masa sehari berkat kerjasama di antara rakan-rakan sejabatan yang ada.  Proses seterusnya, untuk menampalkan alamat bersambung pada keesokan harinya. 

Tuesday, February 16

Ular senduk

Tengahari ketika saya dan mertua di dapur kedengaran kekecohan di ruang tamu rumah.  Rupa-rupanya ular senduk sudah berada di dalam rumah.  Kedudukannya hampir benar dengan buaian yang dinaiki oleh Ajwa, anak saudara saya.  Kehadirannya disedari oleh Aufa, kakaknya yang berusia 3 tahun yang sedang berbaring berhampiran buaian.  Dia menunjukkan kepada mamanya sambil bertanya apa benda itu.  Dengan panik, adik ipar menarik buaian berkenaan.  Ketika itu, ular itu sudah mengembangkan kepalanya hampir benar dengan kepala Ajwa di dalam buaian.  Suami yang berada berhampiran memberitahu adiknya supaya jangan panik kerana bimbang pergerakan yang mendadak akan menyebabkan ular itu juga "panik".  Saya lihat muka adik ipar sudah pucat lesi. 

Ular yang masuk ke dalam rumah jangan terus dibunuh kerana dibimbangi ianya adalah jelmaan jin.  Akhirnya kami mengambil keputusan menelefon Jabatan Pertahanan Awam melalui nombor kecemasan 999 untuk mengendalikan ular itu kerana sudah tentu mereka arif di dalam hal ini.  Inilah pertama kali mereka dipanggil.










ular sepanjang hampir 1 meter

Alhamdulillah, dengan kepakaran yang mereka ada, hanya beberapa minit, ular senduk jantan itu berjaya ditangkap. Katanya akan dihantar ke Perhilitan.  Baguslah, sekurang-kurangnya ular itu mempunyai habitat yang sesuai untuknya dan tidak akan kembali ke rumah kediaman sesiapa sahaja. 

Ketika hendak dimasukkan ke dalam karung, saya lihat mulut mereka seperti membaca sesuatu.  Agaknya ada doa yang dibaca untuk menjinakkan ular berkenaan.

Ini sedikit artikel yang saya "google" untuk pengetahuan semua :

dari blog : http://ceritaabi.blogspot.com/2008/06/mystery-og-anaconda.html

Apa yang nak saya kongsikan ilmu di sini ialah apabila berhadapan dengan situasi seperti ular berada dalam rumah. Apa yang nak dibuat ??ikutilah beberapa tips ini:-
 

1) jangan sesekali membunuh ular tersebut, ditakuti ianya adalah jelmaan jin. Jika dibunuh akan timbul kemarahan daripada kaum kerabatnya.

2) cuba halaunya supaya keluar daripada rumah itu dengan kata-kata kita seperti "tolong keluar daripada rumah ini kerana rumah ini sudah ada penghuni'. cuba halau sebanyak 3 x. Jika ianya adalah jelmaan jin nescaya ia akan lari kerana takut dibunuh.


3) keluarkan kata-kata kepadanya seperti "jika kau tak lari aku akan bunuh kau".


4) sambil menghalaunya keluar, bacakanlah ayat kursi kerana jika ular tersebut adalah jin nescaya ia akan lari.


5) Jika ular tersebut tidak lari, maka kita bolehlah membawanya keluar daripada rumah itu seperti meminta orang lain supaya menangkapnya. Lalu bolehlah kita membunuhnya atau lepaskannya...

Saturday, February 13

Sarang Tempua




Ketika melihat deretan sarang burung ini yang dijual di tepi jalan, adik bertanya,

"Apa tu umi?"

"Sarang burung"

"Bukan la umi"

"Itu sarang burung tempua"

"Kenapa pelik je sarang burung tu?"

"Pelik macamana?"


 "Kan sarang burung macam bakul..." adik menjawab

"Itu sarang burung lain.  Sarang burung tempua memang macam tu"

"Macamana dia masuk umi?"

"Sarang tu ada lubang macam pintu untuk burung tu masuk.  Dia duduk di dalam tu lah"

"Ooooo"

Agaknya adik sudah faham.

Sukan

Sabtu lepas, 6 Februari, sekolah kakak mengadakan sukan sekolah.  Kakak turut serta di dalam acara sukaneka untuk pelajar Tahun 2.  Untuk acara olahraga, hanya pelajar tahun 4 dan ke atas boleh mengambil bahagian. 

 sabar menanti di khemah peserta

Kakak begitu bersemangat ketika tiba gilirannya berjalan menggunakan terompah plastik.  Umi dan adiknya pula bersemangat memberi sokongan kepada kakak sehingga terlupa untuk mengambil gambar ketika kakak beraksi dengan berlari-lari anak menggunakan terompah itu.  

hampir-hampir giliran kakak untuk beraksi

bersama medal yang dimenangi (tempat ke-3)

Kakak dan pasukannya berjaya meraih tempat ke-3 walaupun pada awalnya pasukan kakak sudah ketinggalan di belakang.

Wednesday, February 10

Segalanya Bermula pada tarikh ini...

Tarikh : 10 Februari 2001 (Sabtu)
Lokasi : Kg. Baru
Waktu : Pagi


Ketika sedang menanti sang kancil sedang dimandikan di sebuah car wash, saya duduk di buaian kecil yang disediakan berhampiran.  

"Tett tett tett... tett tett tett... ", telefon bimbit berbunyi menandakan pesanan masuk.

"Akan call malam ini.  Mohd Fazal"

Jantung berdegup kencang.

Saya menekan nombor telefon kakak.

"Kak... 'dia' nak call malam ni.  Akak bagi nombor pada adik dia ye?"

"Ha'a... apa salahnya... cubalah kenal dulu"

Seharian saya jadi tidak keruan kerana pesanan ringkas itu.  

Monday, February 1

Februari



Terkenang bait-bait senikata dari kumpulan Alleycats,


"Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari"

Datangnya Februari dengan iringan serangkap bait lirik lagu ini membuatkan saya tersenyum sendiri.
 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin