Tengahari ketika saya dan mertua di dapur kedengaran kekecohan di ruang tamu rumah. Rupa-rupanya ular senduk sudah berada di dalam rumah. Kedudukannya hampir benar dengan buaian yang dinaiki oleh Ajwa, anak saudara saya. Kehadirannya disedari oleh Aufa, kakaknya yang berusia 3 tahun yang sedang berbaring berhampiran buaian. Dia menunjukkan kepada mamanya sambil bertanya apa benda itu. Dengan panik, adik ipar menarik buaian berkenaan. Ketika itu, ular itu sudah mengembangkan kepalanya hampir benar dengan kepala Ajwa di dalam buaian. Suami yang berada berhampiran memberitahu adiknya supaya jangan panik kerana bimbang pergerakan yang mendadak akan menyebabkan ular itu juga "panik". Saya lihat muka adik ipar sudah pucat lesi.
Ular yang masuk ke dalam rumah jangan terus dibunuh kerana dibimbangi ianya adalah jelmaan jin. Akhirnya kami mengambil keputusan menelefon Jabatan Pertahanan Awam melalui nombor kecemasan 999 untuk mengendalikan ular itu kerana sudah tentu mereka arif di dalam hal ini. Inilah pertama kali mereka dipanggil.
ular sepanjang hampir 1 meter
Alhamdulillah, dengan kepakaran yang mereka ada, hanya beberapa minit, ular senduk jantan itu berjaya ditangkap. Katanya akan dihantar ke Perhilitan. Baguslah, sekurang-kurangnya ular itu mempunyai habitat yang sesuai untuknya dan tidak akan kembali ke rumah kediaman sesiapa sahaja.
Ketika hendak dimasukkan ke dalam karung, saya lihat mulut mereka seperti membaca sesuatu. Agaknya ada doa yang dibaca untuk menjinakkan ular berkenaan.
Ini sedikit artikel yang saya "google" untuk pengetahuan semua :
dari blog : http://ceritaabi.blogspot.com/2008/06/mystery-og-anaconda.html
1) jangan sesekali membunuh ular tersebut, ditakuti ianya adalah jelmaan jin. Jika dibunuh akan timbul kemarahan daripada kaum kerabatnya.
2) cuba halaunya supaya keluar daripada rumah itu dengan kata-kata kita seperti "tolong keluar daripada rumah ini kerana rumah ini sudah ada penghuni'. cuba halau sebanyak 3 x. Jika ianya adalah jelmaan jin nescaya ia akan lari kerana takut dibunuh.
3) keluarkan kata-kata kepadanya seperti "jika kau tak lari aku akan bunuh kau".
4) sambil menghalaunya keluar, bacakanlah ayat kursi kerana jika ular tersebut adalah jin nescaya ia akan lari.
5) Jika ular tersebut tidak lari, maka kita bolehlah membawanya keluar daripada rumah itu seperti meminta orang lain supaya menangkapnya. Lalu bolehlah kita membunuhnya atau lepaskannya...
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?