Sunday, June 7

Jejak Warisan

Selepas berehat seketika di Dataran Sg. Muar, perjalanan diteruskan ke Melaka. Tempahan dibuat di Hotel Equatorial. Pada pandangan saya, hotel ini sangat sesuai dipilih kerana lokasinya berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah di Bandar Hilir dan kita boleh sampai ke tempat-tempat tersebut dengan hanya berjalan kaki.

Selesai check-in di hotel, kami memulakan "jejak warisan" ke lokasi berhampiran bermula dengan kota A-Famosa. Bukan untuk membanggakan peninggalan penjajah tetapi untuk mengenangkan saat kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Anak-anak masih belum memahami apa itu kubu, peperangan, penjajah, Merdeka, tetapi saya tetap ceritakan kepada mereka sepanjang mendaki bukit St. Paul.

di hadapan kota A Famosa


Pemandangan Eye on Malaysia dan Menara Taming Sari dari Bukit St Paul




Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan


Melaka Megamall, Dataran Pahlawan


Antara kedai souvenir di Heritage Bazaar

Jika ingin membeli souvenir atau T-shirt bagi sahabat dan keluarga, Medan Samudera berhampiran dengan Muzium Samudera menawarkan harga yang lebih murah dari di sini.

2 comments:

  1. hmmm sedapnye ketam sweet sour tu. bestnya k.ilah dpt bw anak2 berjalan. sy tak sempat cuti sekoah ni nak bw anak2 berjalan. harap2 julai nanti ada kesempatan nak cuti dan bw anak2 berjalan sekejap. nak longgarkan ketegangan dan kepenatan belajar ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Alhan, dah habis semuanya, itu yang plan berjalan makan angin bawak anak2, hilang kepenatan belajar sebelum ni :D. Kena tenangkan fikiran jugak tau Alhan, insyaAllah, lagi senang ilmu nak masuk.

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin