Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Thursday, February 5

Pantai Klebang, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Tarikan terkini di Pantai Klebang adalah deretan bas bandaran lama yang sudah diubahsuai untuk dijadikan gerai, hotel serta tandas awam.  Menarik sekali konsep yang diketengahkan untuk memikat para pengunjung ke negeri Melaka.   



bas yang telah diubahsuai menjadi tandas awam



ruang pemandu yang telah diubahsuai





Satu lagi tarikan di Pantai Klebang adalah muzium kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 yang telah dibuka kepada umum pada 1 Disember 2012.  Ianya memberikan pengalaman berada di dalam sebuah kapal selam yang sempit...saya tidak mampu untuk berada di dalam ruang yang bersaiz begini untuk jangkamasa yang lama.  Bagaimanalah agaknya petugas-petugas kapal selam dapat bertahan lama di dalam ruang sebegini.  Terkenang pula kisah di mana para petugas kapal selam The Kursk yang menemui ajal mereka di dalam kapal selam di dasar laut.


























  


Maklumat berkaitan kapal selam (klik untuk besarkan imej).

Bayaran masuk : RM3/dewasa, RM1/kanak-kanak.
Waktu lawatan : 9pg - 5.30ptg.

Sunday, February 1

Hutan rekreasi Tanjung Tuan, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt.

Jauh perjalanan, luas pemandangan.  


Rumah api Tanjung Tuan ini atau dikenali juga dengan nama Cape Rachado adalah rumah api yang tertua di Malaysia.  Ianya terletak di dalam daerah Alor Gajah, Melaka.  Untuk sampai ke rumah api ini, harus mendaki bukit sejauh 800meter.  Pengunjung biasa mengambil masa lebih kurang 15 min untuk mendaki bukit bermula dari pintu masuk ini dan turun lebih kurang 10 min.



Ada juga laluan untuk ke kawasan laluan penghijrahan burung pemangsa, tetapi kami tidak berkesempatan untuk mengikut trek tersebut. 



Berpeluh juga untuk tiba ke sini!




Akhirnya...



Memanjat lagi... tetapi agak kecewa kerana rumah apinya tidak dibenarkan masuk kepada pelawat.  Lihat dari luar sajalah.  Boleh mengelilingi rumah api ini untuk pemandangan Selat Melaka.

Wednesday, June 23

Perigi Hang Tuah

Hari ketiga dan terakhir berada di Melaka.  Entah bila lagi akan menjejakkan kaki ke sana.  Jika mengikut kiraan, ini adalah kunjungan kali ketiga saya ke Melaka.  Kali pertama dahulu ketika saya mengikut sahabat pulang ke rumahnya sekitar tahun 97 - 99.  Lama dahulu.  Banyak yang sudah berubah di sekitar Dataran  Pahlawan tersebut.  Dahulu, ketika di sana, antara complaint saya adalah Melaka kekurangan papan tanda penunjuk arah.  Hehehe.  Ternyata setelah 10 tahun berlalu, Melaka sudah jauh berubah.

Kunjungan kedua pada tahun lepas bersama keluarga.  Genap setahun, ini kunjungan kali ketiga.

 sempat lagi bermain sebelum bertolak balik

Destinasi terakhir sebelum meninggalkan Melaka adalah Perigi Hang Tuah.  

 

Inilah periginya

mencuba 'skill' yang sudah lama ditinggalkan - mencedok air perigi

sangat jernih airnya

Pasukan kompang yang sedang rancak bermain di surau.  
Adakah kerana menyambut tetamu yang datang atau kebetulan ada kenduri kahwin berdekatan




Mari berkunjung ke negeri Melaka
Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati
Orang Melaka yang ditemui ramah belaka
Hati ingin kembali lagi ke sini
(saya juga berpantun)

Tangga batu - 'trademark' rumah Melaka

Amboi... teringin main congkak pula... 
bolehlah duduk di sini ya untuk buat demonstrasi bagi pengunjung

tok dan cucu-cucunya

dapur


ruang tamu beserta peralatan antik

dari loteng

tangga loteng

bersantai di beranda

ada juga gerai jualan cenderamata

Ole-ole dari Melaka - kami tidak beli pun, siapa hendak makan?




Tamatlah sudah Cuti-cuti Malaysia Melaka kami.  Oh... rakan-rakan ramai sudah mengorak langkah Cuti-cuti Luar Negara, tetapi dengan bajet yang ada, inilah saja yang kami termampu di samping membantu industri pelancongan di dalam negara.  InsyaAllah, ada kelapangan ( + ongkos ), kita akan berkongsi cerita di tempat lain pula.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin