Sunday, June 7

"The Famous Umbai"

Rasanya kalau ke Melaka tidak sah jika tidak pekena ikan bakar di Umbai. Selepas penat berjalan di Dataran Pahlawan, selepas maghrib, kami bertolak ke Umbai. Suami memandu dengan berbekalkan gerak hati mengikut papan tanda yang ada hehehe. Sampai juga akhirnya.

banyak gerai, yang mana satu hendak dituju?

akhirnya ke sini, orang... MasyaAllah, ramainya


Sesi memilih ikan


Ketam masak sweet sour

Sup sayur


ikan bakar

kelakar melihat aksi anak-anak apabila disuruh berposing (Medan Ikan Bakar, Pernu Umbai)

Mungkin lain orang mempunyai citarasa yang berlainan, tetapi secara peribadi, ikan bakar di Telok Tempoyak lebih sedap jika dibandingkan ikan bakar yang kami nikmati pada malam itu. Namun, hajat sudah kesampaian untuk merasa ikan bakar Umbai.

2 comments:

  1. Umbai byk gerai ... tapi Anjung Batu pun okay juga.

    Teluk Tempoyak di mana ye ?

    ReplyDelete
  2. masa di sana, tak pasti nak pergi gerai mana, tengok orang ramai di parameswara tu, terus tuju ke situ :D. Telok Tempoyak tu di Penang, area Batu Maung

    ReplyDelete

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin