Sunday, March 11

Titisan air

Titisan air menggunakan lens baru.

- f/5.6 - 1/125 sec - ISO 800
- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/100 sec - ISO 800

- f/5.6 - 1/15 sec - ISO 200

- f/5.6 - 1/60 sec - ISO 800

Wednesday, March 7

Lens baru untuk si hitam manis

Lamanya tidak melayan si hitam manis saya itu.  Selepas insiden kamera terjatuh di dalam air banjir, lens asal 18 - 55mm sudah diselaputi selut di dalamnya.  Lens kedua berjenama Tokina, 28 - 70mm.  Agaknya jika saya kerap mengelek si hitam manis bersama Tokina itu, saya rasa boleh timbul otot-otot di lengan.  Berat!  Kerana itulah saya sudah jarang menggunakannya, en. suami pula yang mengambil-alih tugas mengelek si hitam manis.  Beberapa kali saya bersuara ingin menggantikan lens yang lebih ringan.  Senyap...

Ketika sedang makan-makan bersama sahabat sewaktu rehat, saya menerima MMS dari en. suami.  Wah...diam-diam dia sudah menempah lens baru untuk si hitam manis itu.  Lens Canon 55 - 250mm, dengan harga RM580 saja.  Katanya ingin membuat kejutan kepada saya.  Semakin jauhlah boleh merakamkan aksi-aksi spontan... opss...  


(mood : teruja)

Tuesday, March 6

Pelangi


Selepas ribut taufan melanda
Itulah dia pelangi menjelma
menghiasi alam semesta
menceriakan hati yang gundah gulana

Sabarlah wahai hati
setiap ujian yang dihadapi
pasti ada hikmah tersembunyi
yang tidak diketahui
ilmu kita sentiasa dibatasi
oleh ilmunya Ilahi


6 Mac 2012
13 Rabi'ul Akhir 2012

Monday, March 5

Pantai Kamloon, Kepala Batas




Pantai yang bukan  pantai dalam erti kata sebenar.  Ianya hanyalah pesisiran Sungai Muda yang menjadi sempadan Pulau Pinang dan Kedah.  Pesisiran sungai di bahagian Seberang Perai ini diubahsuai menjadi taman rekreasi 



Keadaannya yang terbiar tidak diselenggara amat mengecewakan.



Jambatan yang berlubang dengan kayu reput membahayakan pengunjung.


tali pemegang sudah putus

Bandingkan dengan gambar asalnya :



kayu jambatan berhampiran kaki kakak sudah reput dan jatuh



Jika ianya diselenggara dengan sempurna, pasti ianya boleh menjadi pusat rekreasi yang boleh menarik ramai pengunjung.

Tetapi apa yang saya perhatikan pada petang itu, ada beberapa orang kaki pancing yang mencuba nasib di situ.  Khabarnya, ikan toman yang menanti kaki pancing di kawasan itu.

Sunday, March 4

Cucur moden kontemporari


Secara tradisinya, cucur udang atau cucur bilis biasa dihidangkan.  Dengan pelbagai bahan yang ada, kepelbagaian di dalam resepi hidangan cucur perlu supaya keluarga tidak jemu dengan hidangan tradisional ini.  

Inilah cucur moden kontemporari - suka-suka hati menamakan cucur ini - kerana saya mengolah ramuannya menggunakan sosej pula.  Gabungan tepung gandum, sosej, bawang besar, daun leek, cili padi, kunyit dan garam mesra bersatu dan semuanya selesai di dalam perut sebagai sarapan pagi, Alhamdulillah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin