Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Thursday, December 29

Layankan saja...

Sudah namanya kanak-kanak ribena, layankan saja aktiviti yang sesuai dengan jiwa mereka.  Singgah sebentar di Giant, Shah Alam, mereka ternampak pusat ternakan arnab berhampiran tempat letak kenderaan.  Apalagi, melompat-lompat mereka ingin memberi makan arnab.  Rupa-rupanya, pusat itu belum lagi dibuka, jadi kami hanya berlegar di sekitar sangkar arnab pelbagai jenis dan warna.  Ada anak yang baru dilahirkan, ada yang tidur secara terlentang, sangat comel.  

Ikutkan hati mereka, mereka mahu membawa balik beberapa ekor arnab itu.





Ke U8, Shah Alam, pusat membeli-belah yang terkini di sana.  Ada pula karnival Upin dan Ipin, tetapi mereka tidak muncul pula, jika tidak, pasti adik sangat teruja berjumpa mereka.  Pusat bowlingnya masih belum dibuka.





@Plaza Alam Sentral.



Adik berjaya beroleh tempat pertama.... dari bawah dengan 26 mata (jika tidak silap).  Kami berlapan, kakak dan sepupunya seri.  Memadailah saya di tempat ke-4 dengan mata 131 walaupun sudah lama tidak bermain.  

Wednesday, December 28

Pertama kali

Baru-baru ini, en suami menghadiri kursus usahawan selama 10 hari di Kajang.  Memandangkan sekali perjalanan ke sana, suami juga ingin menyelesaikan urusannya di KL. Setelah perbincangan dibuat, saya dan anak-anak akan menyusulnya dengan bas pada hari terakhir kursusnya.  Inilah pertama kali anak-anak menaiki bas untuk tempoh yang agak lama.  Mereka sangat teruja.

adik mencuba memasang youtube di dalam bas

"Kenapa ummi tak pasang broadband?", tanya adik ketika cuba membuka video Upin dan Ipin.  Internet tidak begitu memuaskan untuk melihat video ketika di dalam bas.  Inilah bahasa budak-budak sekarang. 

Mujur juga anak-anak tidak menunjukkan sangat 'kejakunan' mereka menaiki bas.  Jika tidak... 

Makan malam di Restoren Mohd Chan di Klang Central.  Saya tetap memilih Kantonis kegemaran saya.

@Restoren Mohd Chan, Klang Central


kuih pau pula!

Sunday, October 30

@ Selangor... kembara sejarah

Percutian singkat kali ini, kami bawa anak-anak ke Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam.  Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki muzium ini.


kredit : en suami

Di perkarangan muzium.

model keretapi lama


Pintu masuk.


Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian.

"Bangunan muzium ini dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar dan luas ruang lantainya ialah 41,538.46 meter persegi. Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun. Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Sumber, Auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori." sumber



Istana Klang

pengangkutan dulu

peralatan perang

model rumah Selangor

tenunan kain

Masjid Sultan Suleiman Klang

replika Masjid Alaeddin Kg Bandar Kuala Langat yang dibina pada tahun 1924

masjid sebenar - Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam

stesen keretapi di shah alam

Penat menjelajah di dalam muzium!  Adik mengomel kakinya sakit berjalan.

hiburan adik di Giant

Saturday, October 29

@ Selangor...barang dagangan

Ketika saya berurusan di fakulti, en suami meronda di sekitar UiTM.  Inilah hasil-hasilnya.


jurufoto

UiTM di hatiku





Selesai urusan saya, misi menyempurnakan urusan en suami pula.  Sebelum perjalanan ke Lembah Kelang, dia sudah mencari peluang untuk mencari barangan kedainya.  Rupanya, GM Klang ini "syurga" membeli-belah.  Banyak lot-lot kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, peralatan rumah, alatulis, permainan dll.





Anak-anak sangat teruja melihat di kiri kanan mereka pelbagai barangan yang menarik perhatian.  Penat melayan mulut mereka yang meminta itu ini. 




Inilah barangan yang dibeli, alatulis mengikut perkembangan semasa, "Angry Bird".  Suami bercerita, ada beberapa orang budak sekolah rendah yang sentiasa mengunjungi kedai suami membuat kenyataan ini,

"Kedai lain semua sudah jual barang angry bird, kedai pak cik saja tak ada barangan angry bird

Wah, nampaknya suami saya sudah mempunyai penyiasat persendirian tanpa upah.  Hehehe...







Anak sendiri pula yang teringin dengan barangan ini.  Hmmm....

Friday, October 28

Makan..makan...

Dua hari notis untuk saya membentangkan proposal untuk biasiswa pengajian saya di fakulti di Shah Alam.  Cemas juga saya dibuatnya.  Seluruh tumpuan saya untuk mengedit kertas cadangan yang sedia ada.  Apabila di sana, rupa-rupanya bersekali dengan temuduga.  Alamak, saya tidak bersedia!  Tawakkal sajalah apa yang akan saya hadapi dengan panel penemuduga.

Cerita makan malam di Restoren Mohd Chan, Meru Klang.  




kedondong asam boi

menu kami berenam

char kuey teow

siakap 3 rasa

kailan ikan masin

yee mee kantonis - kegemaran saya

sup sirip yu :D

daging lada hitam

Alhamdulillah, sedap!  Sesuai dengan selera kami.

Restoren Mohd Chan ada beberapa cawangan di Lembah Kelang.  Boleh ke laman web mereka di sini.

Thursday, July 28

Jalan-jalan Cari Makan...2

Kakak saya mencadangkan kami makan malam di Jeram, Kuala Selangor.  Lokasinya benar-benar di tepi laut dengan pemandangan matahari terbenam.  Terdapat beberapa restoren ikan bakar di situ, tetapi, ada yang mencadangkan Aroma Ikan Bakar, jadi kami ke sana.

klik untuk besarkan imej

remang senja di pantai jeram

pilihan yang ada

Antara menu kami malam itu, 4 dewasa dan 2 kanak-kanak.

butter prawn

(Nota : Saya lebih suka udang goreng tepung)

lala masak halia 

kailan ikan masin

tomyam

Tomyamnya biasa-biasa saja.

siakap bakar

Ikan bakar di sini, boleh tahan juga kesedapannya.  Akan tetapi, kesedapannya masih tidak dapat menandingi kesedapan ikan bakar Teluk Tempoyak.  Rencah yang menyaluti ikan bakar ini menggunakan rempah, bukan sambal cil/cabai seperti di Teluk Tempoyak.

meja yang masih penuh

licin!





Alhamdulillah.  Restoren ini juga menyediakan surau untuk pengunjung, jadi bolehlah menikmati sunset serta berjamu selera di situ.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin